in , , ,

Video Unboxing Box Set Eksklusif Album Dayang Nurfaizah Berjudul BELAGU

Minggu lalu, Budiey telah buat video buka kotak ataupun unboxing BOX SET album terbaharu. Ini merupakan album paling latest yang masih fresh dari aven album penyanyi Dayang Nurfaizah berjudul BELAGU.

Album Belagu sangat special bagi penyanyi R&B bernama Dayang Nurfaizah. Rasanya dah lama sangat Dayang tak keluarkan album klasik. Lebih kurang dalam 15 tahun, sebelum ni paling last pada tahun 2005 Dayang ada lancar album berjudul KASIH. Lepas tu, dayang hanya keluarkan album dan lagu single lagu-lagu bergenre balada.

Album ini merupakan album ke-9 Dayang di mana kesemua lagu-lagu dalam album ni adalah lagu-lagu Melayu klasik, lagu-lagu evergreen, orang kata lagu yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, dikatakan lagu lagu ni dalam album ni semua dirakam semula atas permintaan peminat dan juga Dayang sendiri yang nak sangat buat album macam ni. 

DAYANG NURFAIZAH

Sememangnya album BELAGU ni sudah lama ditunggu sebenarnya. Walaupun kita dah boleh dengar secara digital di platform muzik maya macam Spotify, Apple Music, iTunes, dan sebagainya tapi orang kata tak sah kalau tak pegang album fizikal ni sebab album ni ada sentimental value dia yang tersendiri. Hanya untuk yang betul-betul minat je yang tahu macamana rasa atau pun feel dapat memegang album fizikal ni. Bila dapat pegang tu baru lah rasa puas hati. Kalau korang nak beli album CD boleh beli kat laman website dayang nurfaizah.com

Okay dalam album BELAGU ni ada 8 buah lagu kesemuanya yang mana dipilih sendiri oleh Dayang. Untuk tajuk album pun Dayang yang pilih, taju dia belagu… di mana BELAGU ni adalah perkataan yang diambil dari dialek melayu sarawak yang membawa maksud menyanyi. Album ini diterbit dan disusun muziknya oleh penerbit yang cukup berpengaruh negara kita iaitu Aubrey Suwito dan dipersembahkan oleh Dayang dalam alunan tradisional yang tersendiri, muzik yang lebih segar tanpa orang kata menghilangkan dia punya originaliti lagu atau pun irama, so dia punya keaslian lagu asal itu dijamin tak akan diusik.

Hari tu Budiey ada baca pasal pembikinan album ini di mana menurut kata Dayang, album ini dirakam secara live, secara langsung dengan iringan muzik dalam sebuah studio khas yang dibina dalam sebuah gudang,… album disiapkan dalam masa dua hari dan video muzik juga dirakam pada masa yang sama. Diorang buat semua benda dalam satu masa.

Memang satu benda yang bukan mudah la sebab kalau rakaman album biasanya muzik akan siap dulu kan kemudian penyanyi datang studio then akan nyanyi dan kalau silap kat mana-mana atau tak puas hati, penyanyi tu boleh ulang balik. Tapi rakaman untuk album BELAGU ni, tidak… ia berjalan terus sampai habis. Jadi, feel dan mood tu akan lebih sampai kepada pendengar. So, sebelum masuk rakaman, Dayang kena buat workshop atau bengkel dulu bersama Aubrey Suwito. 

DAYANG NURFAIZAH

Untuk pengetahuan, Album BELAGU diterbitkan oleh syarikat produksi milik Dayang Nurfaizah, DN & AD Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysiadan diedarkan oleh Universal Music Malaysia. 

Album ini boleh dinikmati secara digital sekarang di platform muzik maya utama seperti Spotify, Apple Music, iTunes, KKBox, Deezer dan Joox. 

Kepada korang yang nak beli album CD BELAGU dayang nurfaizah boleh beli kat laman website dayang nurfaizah.com memang laku keras katanya pre-order hari tu dah sold out.. untuk rekod, album Belagu berada di tangga nombor satu carta Itunes dekat Apple Store dalam tempoh hanya dua jam ia diedarkan. memang laris. 

Tahniah buat Dayang Nurfaizah.

What do you think?

41 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

IKHLAS Sasar Bantu Lebih 2,000 Pelajar Melalui Kempen #Save2020SPM

Nur Sajat Terima Waran Tangkap Pada Tarikh Yang Istimewa Buat Dirinya