in , ,

Spotify Umum Bakal Hadir Dengan Penawaran Penstriman Berkualiti Tinggi Spotify HiFi

Spotify hari ini mengumumkan perancangan memperkenalkan perkhidmatan penstriman berkualiti tinggi, dinamakan sebagai Spotify HiFi.

Spotify HiFi ini akan menawarkan muzik pada kualiti CD, dalam format audio nirhilang – sekaligus meletakkan penawaran muzik Spotify setapak dihadapan berbanding pelbagai pesaing lain di pasaran.

Spotify turut mengatakan pengguna boleh menikmati muzik berkualiti tinggi ini melalui speaker dengan sokongan Spotify Connect.

Buat masa ini, Spotify masih belum mengumumkan harga langganan untuk Spotify HiFi ini, dan mengatakan akan berkongsi lanjut mengenainya kelak pada tahun ini.

Pada hari ini, di pasaran terdapat dua perkhidmatan penstriman dengan sokongan penstriman berkualiti tinggi ini, termasuk Amazon Music dan juga Tidal.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nur Sajat Terima Waran Tangkap Pada Tarikh Yang Istimewa Buat Dirinya

Persembahan Siti Sairah & Umairah Terpilih Famili Duo Pilihan Bawa Pulang RM10,000