in ,

ntv7 Sambut Ulangtahun Ke-15 Dengan Penuh Gemilang

Ketibaan tahun 2013 pastinya istimewa buat ntv7. Malah saat tahun 2013 menjengah, ntv7 sudah bersedia dengan pelbagai strategi dalam mengukuhkan dan menceriakan lagi stesen itu yang sinonim dengan slogan Saluran Ceria Anda. Tahun ini juga menyaksikan ntv7 mula mengorak langkah lebih progresif seiring dengan sasaran penontonnya yang inginkan pengisian kandungan televisyen yang lebih urban serta meraikan ulang tahunnya yang ke-15.

[dropcap]R[/dropcap]ancangan yang mempunyai bajet besar seperti Who Wants to Be a Millionnaire?, Deal or No Deal serta Iron Lady merupakan di antara rancangan yang membuktikan ntv7 berani menyahut cabaran dalam memenuhi kehendak para penontonnya. Turut membanggakan apabila ntv7 juga telah tersenarai di dalam Malaysia Book of Records tahun ini apabila berjaya menganjurkan Himpunan Ibu-ibu Hamil Terbesar Malaysia menerusi acara Bella Bundle of Joy yang diwujudkan sempena kempen Will & Kate and the Royal Baby.

Sempena meraikan ulang tahun ke-15 ntv7 tahun ini, sebuah klip video muzik khas yang membariskan para personaliti ntv7 seperti Naz Rahman, Sasha Bashir, Lisa Wong, Charles Mohan, Chan Wei Wei, Jasmine Abu Bakar, Adrian Tan, Aenie Wong dan ramai lagi akan dihasilkan dan disiarkan Julai nanti. Arah tuju konsep video ini bakal lebih istimewa apabila ntv7 memilih idea untuk mempamerkan mesej bahawa kualiti terhadap pemilihan semua rancangannya merupakan antara faktor terpenting saluran itu.

Walaupun semakin banyak ruang dan platform diwujudkan kini, namun faktor kesesuaian kandungan siaran terhadap citarasa tempatan merupakan salah satu ciri yang dilihat memberikan kesan terhadap perkembangan jumlah penonton terhadap saluran itu.

Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul:

“Kami ingin berkembang seiring kemajuan teknologi dan kami telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merealisasikannya. Salah satunya dengan menyediakan kandungan yang eksklusif yang hanya boleh dilihat menerusi Tonton. Kami percaya para penonton kami juga semakin bijak dalam menggunakan aplikasi terkini di mana kami juga harus pantas dengan perubahan semasa dengan memberikan mereka peluang untuk menonton di platform alternative pada bila-bila masa sahaja. Yang paling utama kami percaya bahawa kandungan yang menarik bakal menarik mereka untuk kekal bersama kami. Untuk itu kami cuba memberikan kandungan yang mempunyai jalan penceritaan yang baik, relevan terhadap kehendak penonton dan mampu menyentuh perasaan mereka agar mereka dapat menghubungkan diri mereka dengan setiap kandungan televisyen kami.”

“Kami tahu siapa penonton kami dan apa yang mereka inginkan. Drama tempatan Cina, Iron Lady yang pernah disiarkan pada tahun 2009 contohnya telah mampu berjaya menarik seramai 890,000 penonton. Malah beberapa rancangan berbentuk realiti seperti Mandarin Battle Star (rancangan kuiz permainan berbahasa Mandarin) dan drama realiti The Game yang dirakam tanpa skrip telah meletakkan stesen itu ke tahap yang berbeza dengan para pesaingnya menerusi idea kreatif dan inovatif. Maklum balas positif daripada penonton serta kritikan membina pastinya bakal menggalakkan lagi stesen kami untuk terus menghasilkan rancangan yang lebih berkualiti dan membawa rancangan menarik yang sedia ada ke musim seterusnya.”

Rancangan temubual wanitanya yang popular, Bella merupakan salah satu projek yang amat berhasil dan berjaya menjadi jenama kepada saluran ini. Rancangan itu bukan sahaja memenuhi kehendak penonton wanita dengan mengupas topik yang berkaitan dengan pendekatan mendidik malah mula membuka mata penonton lelaki untuk memahami kaum hawa.

Lebih menarik rancangan itu juga memperkenalkan segmen Bella Mars di mana golongan Adam diberikan peluang untuk memberikan pandangan mereka. Populariti rancangan ini memuncak dengan penganjuran Bella Awards 2013 yang memberi pengiktirafan kepada para wanita. Rancagan anugerah televisyen itu juga merupakan julung kalinya diwujudkan di Malaysia bagi menghargai kaum wanita.

Bagi menyempurnakan lagi sambutan ulang tahun ntv7, acara larian amal Feel Good Run 2013 diteruskan buat kali ke-3 yang bakal diadakan pada 7 Julai nanti di Sri Pentas serta memperkenalkan kategori 15 km untuk menandakan 15 tahun usia saluran itu. Larian ini juga merupakan acara larian terbesar di Bandar Utama serta melibatkan selebriti Malaysia sebagai pesertanya. Turut tidak ketinggalan adalah peranan di dalam tanggungjawab sosialnya kerana larian itu bakal menyumbangkan semua hasil kutipan kepada penerima sumbangan tahun ini iaitu Hospis Malaysia, Malaysian Rare Disorders Society, Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah dan SPCA Selangor.

Pendaftaran Feel Good Run yang ditutup dalam hanya 7.5 hari juga membuktikan bahawa sokongan penonton serta orang ramai terhadap ntv7 selaku pemain penting (key player) di dalam industri hiburan.

“Dari hati saya yang terdalam, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penonton setia kami serta para penyokong yang terus menonton Saluran Ceria Anda, ntv7 serta mengizinkan kami untuk terus berkembang dan memperbaiki kelemahan menerusi maklum balas mereka. Kami pastinya tidak mampu mencapai apa yang kami miliki kini sepanjang 15 tahun kewujudan kami sekiranya bukan kerana para penonton. Kami berharap kami akan mampu terus menyediakan pelbagai kandungan terbaik buat mereka semua.”

Nantikan variasi rancangan dan acara yang bakal dibawakan ntv7 sempena meraikan ulang tahun ke-15-nya tahun ini.

Untuk maklumat lanjut layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 menerusi akaun Facebook dan Twitter.

ntv7 Milestones

• Launched in 1998

• Who Will Win Golden Star – 1st ever Veteran Singing Reality Show in 3 languages – Chinese, English & B. Malaysia in year 2004

• Who Will Win Creative Kids Challenge – 1st ever kids talent reality show in 3 languages – Chinese, English & B. Malaysia in year 2004

• Siasat Mandarin – 1st ever investigative reporting Mandarin programme, started in year 2004

• In 2005, Media Prima Berhad announced its acquisition of ntv7

• MNN – 1st ever TV station launched 24-hours news channel – My News Network in year 2005

• Finding Angels – 1st ever reality cum community programme that reaches out to the less fortunate by helping them fulfill their hopes and dreams, started in year 2005

• NKF Charity Show 2005 – National Kidney Foundation (NKF) Charity Show 2005, the first and ever Chinese format fund-raising charity LIVE show in Malaysia

• Hokkien Drama – 1st TV station airing Taiwan Hokkien Drama, year 2006

• MPB & MCS – collaboration with MediaCorp Studios to jointly produce local Chinese dramas & variety shows in year 2006

• The Beginning – 1st ever Chinese local drama aired on a primetime slot in Malaysia in year 2006 (1st Chinese drama collaboration with MCS)

• HONG Retro Movies – Chinese Movie slot which showcase classic, legendary and award-winning feature films from the renowned Shaw Brothers library in year 2007

• Deal Or No Deal – 1st ever game show that offers cash prizes of up to RM 1mil every week in both Chinese & English version, year 2007

• Editor’s Time – 1st ever TV Forum programme in collaboration with Sin Chew Media Berhad to highlight & discuss major events & controversial issues in Malaysia, year 2007

• Star Idol Malaysia – 1st ever Malaysian interactive & reality drama show to search for Malaysia’s next actor / actress, year 2007

• Hakka Drama – ntv7 was the 1st TV station to air Hakka Dramas in year 2008

• The Iron Lady – highest rated Chinese local drama (record breaking), gained 17 TVR / 890k viewership on the last eps, year 2009

• Golden Awards – 1st ever, one and only local Chinese TV awards show – year 2010

• Mandarin Battle Star – 1st ever Mandarin General Knowledge TV Game Show for Chinese primary schools, started in year 2010

• Yuan Carnival – a community centered event, year 2010

• Star Live – 1st ever year-end concert with the biggest gathering of local & international artistes for free, started in year 2007 till 2011

• Bella (ntv7’s women’s talkshow), year 2011

• Will & Kate’s wedding – LIVE broadcast on ntv7, year 2011

• The Superb Match Makers – 1st ever Malaysian made CNY Telemovie in year 2011

• The Perfect Gentleman – 1st ever Chinese Male Search TV Programme, year 2011

• Feel Good Run – ntv7’s charity fun run (dubbed as the run with the most celebrity participation, biggest run in Bandar Utama)

• The Game – 1st ever Chinese Reality drama (non-scripted) – year 2012

• Rooftop – Malaysia’s 1st ever music show on a rooftop, year 2012

• Will & Kate – The Malaysian Tour – a campaign created by the Home of Feel Good to celebrate the momentous visit of the Royal Couple through a host of initiatives, year 2012

• James Bond Movie Marathon & Skyfall Movie Gala Premiere” (to celebrate the 50th anniversary of James Bond and to countdown with all Malaysians to the latest Bond film), year 2012

• “A Galaxy of Love” (an initiative undertaken by ntv7 as the official broadcaster for the wedding of Malaysia’s sports hero, Dato’ Lee Chong Wei), year 2012

• Bella Awards – Malaysia’s 1st ever women’s awards show, year 2013

• Bella Bundle Of Joy – a special project by ntv7 in-conjunction with the news of Will & Kate’s Royal Baby. For the first time ever, ntv7 is hosting a “baby shower” for pregnant moms with lots of interesting and educational activities lined up for the event. We managed to attain the title of the “Largest Gathering of Pregnant Women” – a record endorsed by The Malaysia Book of Records – 2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama OMG Ohsem Music Group Lakonan Black

Drama Kalam Lakonan Fezrol Khan & Leez AF