in

Drama OMG Ohsem Music Group Lakonan Black

Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, TV3 dengan tema ‘Seindah Ramadan’ mempersembahkan pelbagai rancangan menarik termasuklah drama buat tontonan umum. ‘OMG’ (Ohsem Music Group) akan menceriakan malam Sabtu dan Ahad para penonton, mulai 13 Julai lalu.

[dropcap]O[/dropcap]MG diarahkan oleh Tengku Sahilawati dan diterbitkan oleh Primeworks Studio. Bersiaran pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam sebanyak 4 episod, drama ini menampilkan Black, Anas Ridzuan, Amir Jahari, One Sofazr, Elfaeza Ulhaq, Amyza Aznan, Syakila Khoriri, Akim Ahmad, Harun Salim Bachik dan ramai lagi. Drama ini mengisahkan tentang empat orang anak muda, Bai (vokalis), Bo (gitaris), Kem (bassis) dan Teng (drummer) yang berbakat dalam muzik di Kampung London.

OMG

[pullquote align=”right”]Drama OMG Ohsem Music Group Lakonan disiarkan pada hari Sabtu jam 9.00 malam pada hari Sabtu dan Ahad para penonton[/pullquote]

Mereka menamakan band mereka ‘OMG’ (Ohsem Music Group) kerana keunikan dan bakat mereka yang boleh menyampaikan lagu Inggeris dengan baik serta persembahan yang energetik. Mereka sering menjadi jemputan kenduri kahwin dan pernah menjuarai pertandingan ‘Battle Of The Band’ di kampung mereka untuk dua tahun berturut-turut.

Bai merupakan anak ‘emak’ dan anak tunggal kepada Kak Jam, penjual barang kecantikan buatan sendiri. Bo pula mempunyai seorang teman wanita, Ila, yang merupakan merangkap pengurus kepada kumpulan OMG sendiri manakala Kem bekerja sebagai konduktor bas mini yang sentiasa mahu kelihatan segak dan berangan dalam dunianya sendiri. Akhir sekali, Teng ialah seorang yang baran bekerja di sebuah bengkel kereta.

Satu hari, OMG dilamar oleh komposer dari Amerika Syarikat, Mr. Ronaldo untuk rakaman album. Mr. Ronaldo kagum dengan kehebatan OMG yang hebat menyanyi lagu Inggeris. Hakikatnya, mereka tidak pandai berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Lagu ciptaan OMG ditiru bulat-bulat dari surat khabar, drama, filem serta bantuan terjemahan dari Ila, teman wanita Bo. Apakah impian empat orang anak muda Kampung London ini berjaya?

OMG

OMG

OMG

OMG

OMG

OMG

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Geng Kampung Pisang Lakonan AG Hot FM

ntv7 Sambut Ulangtahun Ke-15 Dengan Penuh Gemilang