in , ,

Nothing Phone (2a) Special Edition Berharga RM1699 Terhad 100 Unit Di Malaysia

Nothing Phone (2a) Special Edition telah pun dilancarkan hari ini.

Nothing Phone (2a) Special Edition telah dilancarkan hari ini! Masih mengekalkan ciri-ciri Phone (2a) yang asal seperti cip Dimensity 7200 Pro, 12GB RAM dan 256GB storan, kamera 50+50 Megapiksel, skrin OLED 6.7-inci dengan refresh rate 120Hz, dan bateri 5000mAh.

Sistem lampu Glyph dan Nothing OS juga masih ada. Namun, apa yang membuatkan versi istimewa ini unik adalah ia direka oleh ahli komuniti Nothing sendiri.

20240520-162505

Phone (2a) Special Edition ini tampil dengan warna putih klasik yang dah ada di pasaran Malaysia dengan harga RM1,699. Tapi, kali ini ia diserikan lagi dengan sentuhan warna merah dari titik dalam fon telinga Nothing Ear, kuning dari Nothing Ear (a) yang baru, dan biru dari Phone (2a) Blue yang pernah dijual di negara tertentu. Ini kali pertama Nothing gabungkan tiga warna ceria dalam satu peranti.

BA_P2aSE_260+270

Sejak dilancarkan pada bulan Mac lepas, Nothing OS dah menerima 13 kemas kini. Phone (2a) sekarang juga dah sedia dengan ChatGPT terbina dalam, dan boleh digunakan bersama TWS Nothing Audio atau TWS CMF untuk akses ChatGPT dengan cepat.

730

“Kami sangat gembira untuk memperkenalkan Telefon (2a) Edisi Khas. Produk pertama untuk meneroka kami palet warna asas; merah, biru dan kuning. Estetika keseluruhannya merujuk beberapa wira reka bentuk kami dari masa lalu, sambil mencipta ekspresi baharu untuk telefon pintar. Menaikkan peranti berfungsi into a striking piece of art.”

– Adam Bates, Design Director at Nothing.
PA_P2aSE_050_240311

Nothing Phone (2a) Special Edition dijual di Malaysia dengan harga RM1,699 untuk versi 12/256 GB, dan hanya 100 unit sahaja akan dijual. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk beli eksklusif ini di laman web Crossover pada 7 Jun jam 12 pagi!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Putri Ariani Didakwa Tidak Profesional Sidai Media Malaysia Selama Dua Jam

Tyzo Pernah Dikecam Netizen Kerana Jadi Penyampai Radio IKIMfm