in

Nafas Baru Lagu Nostalgia Popular Dalam NOSTALGIA 69 di TV1

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengembalikan semula nostalgia kegemilangan era lagu-lagu popular 60an hingga 90an, menerusi program terbaharu bertajuk “Nostalgia 69”. Namun pendekatan berbeza dikongsikan kerana lagu-lagu popular sepanjang zaman ini diberi nafas baru oleh finalis bagi tiga rancangan pertandingan nyanyian terbitan RTM pada tahun 2015 dan 2016 dengan cara penyampaian mereka tersendiri.

Eryn (Bintang RTM 2016) turut menyanyikan lagu dalam Nostalgia 69

Nafas Baru Lagu Nostalgia Popular Dalam NOSTALGIA 69 di TV1

Bersiaran mulai 19 November ini, setiap Ahad, pukul 10.00 malam di TV1, program 13 episod ini menampilkan empat buah lagu yang popular mengikut era masing-masing iaitu 60an, 70an, 80an dan 90an. Di samping nyanyian, sesi temu bual juga dipaparkan sama ada di studio, di luar studio dan melalui telefon dengan individu terpilih. Informasi tambahan berkaitan lagu, penyanyi, komposer dan penulis lirik juga dipaparkan dalam program ini.

Bersama hos Aril Pilus, program ini bakal menggamit nostalgia kepada penggemar lagu-lagu era 60an hingga 90an yang ternyata malar segar sehingga kini dan istimewanya kerana ada antara lagu-lagu tersebut merupakan lagu perintis zaman A Go-go, dan Pop Yeh Yeh.

Antara lagu 60an yang diberi nafas baru iaitu lagu ‘Zunika’ (penyanyi asal A.Romzi), ‘Aku Keciwa’ (Roziah Latif), ‘Oh Fatimah’ (A.Ramlie), ‘Suzana’ (M.Osman), ‘Seruling Anak Gembala’ dan ‘Kenanganku’ (Datuk Jeffrydin), ‘Malang Selalu’ (Fatimah M.Amin), ‘Jelingan Manja’ (J.Kamisah), ‘Dara Pujaan’ (L.Ramlie), ‘Bahagia Menjelma’ (A. Karim & Les Fenstones), ‘Chinchin Emas’ (A. Rahman Onn & The Strangers), ‘Shurga Idaman’ (Datin Azizah Mahamod), dan ‘Kenangan Mengusik Jiwa’ (A. Ramlie).

Nostalgia 70an diteruskan dengan lagu pilihan ‘Sejakku Bertemu Padamu’ (Sanisah Huri), ‘Rindu Bayangan’ (Kumpulan Carefree), ‘Tiada Maaf Bagimu’ (Dato’ Sharifah Aini), ‘Gelombang’ (Salamiah Hasan), ‘Semakin Hari Semakin Sayang’ (Uji Rashid), ‘Lembaran Terakhir’ (Datuk Ahmad Jais), ‘Hati Emas’ (kumpulan Kembara), ‘Kisah Seorang Biduan’ (Dhalan Zainuddin), ‘Bisikan Hati’ (Datin Rafeah Buang), ‘Hari Ini Dan Semalam’ (J. Mizan), ‘Derita Hatiku Tanggung Sendiri’ (Gaya Zakry), ‘Cukup Sampai Di Sini’ (Datuk Malek Riduan), dan ‘Ingin Bersua’ (Datuk DJ Dave).

Tahun 80an pula menghiburkan dengan lagu ‘Menaruh Harapan’ (Zaiton Sameon), ‘Sekadar Di Pinggiran’ (Francissa Peter), ‘Menghitung Hari’ (Salamiah Hasan), ‘Stanza Sekeping Hati’ (Ben Nathan), ‘Ku Pendam Sebuah Duka’ (Datuk Khadijah Ibrahim), ‘Kenangan Lalu’ (kumpulan Flybaits), ‘Sinaran’ (Datuk Shiela Majid), ‘ Sentuhan Kecundang’ (Kumpulan Ekamatra), ‘Derita Cinta’ (Datuk Jamal Abdillah), ‘Gadis Dan Bunga’ (Rahimah Rahim), ‘Suatu Masa’ (Dato’ M. Nasir), ‘Masih Aku Terasa’ (Kumpulan Gersang), dan ‘Terasing’ (Dato’ Sudirman).

Setiap episod diakhiri dengan lagu popular 90an termasuklah ‘Lamunan Terhenti’ (Aris Ariwatan), ‘Mahligai Syahdu’ (Dato’ Hattan), ‘Gerimis Mengundang’ (Kumpulan Slam), ‘Teringin’ (Shima), ‘Suci Dalam Debu’ (Kumpulan Iklim), ‘Jerat Percintaan’ (Dato’ Siti Nurhaliza), ‘Janji Manismu’ (Aishah), ‘Madah Berhelah’ (Ziana Zain), ‘Sembilu’ (Ella), ‘Di Persimpangan Dilema’ (Nora), ‘Pada Syurga Di Wajahmu’ (Dato’ Nash), ‘Sampai Hati’ (Kumpulan Spring), dan ‘Getaran Cinta Di Jiwa’ (Liza Hanim).

Lagu-lagu ini dinyanyikan semula oleh Anas, (juara Bintang Klasik 2016), Edora (Bintang RTM 2016), Farid (Bintang RTM 2016), Eryn (Bintang RTM 2016), Farhan (Bintang RTM 2016), Syahz (juara Pujaan 2015), Jorinn (Bintang RTM 2016), Adib (Bintang RTM 2016), Eeza (Bintang RTM 2016), Idris (Bintang RTM 2016), Hafiz (Bintang RTM 2016), Rosario (juara Bintang RTM 2016), Faizal (Bintang Klasik Kaseh 2016) dan Tyka (naib juara Bintang Klasik Kaseh 2016).

Pengacara Aril Pilus

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Edora (Bintang RTM 2016) antara yang muncul dalam program ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Congrats! Firefly Airlines Receives a Superbrand Status

Ajak Remaja Cintakan Negara Dalam Drama DANIEL HAIKAL