in , ,

Nora Danish Tampil Seksi Bercuti Di Langkawi, Ini Nasihat Netizen

Nampaknya imej seksi Nora Danish masih menjadi viral dan heboh diperkatakan di laman sosial. Belum selesai isu gambar tayang punggung yang dimuat naik sebelum ini, Nora kembali ‘menyegarkan’ mata netizen dengan penampilan shekshi dan daring sewaktu bercuti di Langkawi.

Sebelum ini, pelakon Nora Danish dikecam dek kerana memuat naik gambarnya dari belakang memaparkan bahagian punggungnya. Dalam foto tersebut, Nora dilihat memakai seluar jeans ketat sehingga menampakkan bentuk punggungnya. 

Pelakon drama Covid Oh Covid ini dilihat bercuti bersama suami, anak serta rakan di tempat peranginan tersebut seusai pihak kerajaan membenarkan gelembung pelancongan di pulau berkenaan dimulakan 16 September 2021.

Tidak lokek berkongsikan gambar percutiannya, namun imej seksi Nora menimbulkan rasa kurang senang netizen yang dilihat agak mencolok mata. 

Pakaian yang dipakai Nora kembali menjadi sorotan ramai kerana begitu mencolok mata mereka yang melihat.

Nora Danish Tampil Seksi Bercuti Di Langkawi,  Ini Nasihat Netizen

Nora menerima kecaman apabila dia berkongsi gambar percutiannya bersama suami, Nedim Nazri dan anak bongsunya, Ney Ney di Pulau Langkawi, dengan imej seksi. 

Walaupun telah menutup ruangan komen disebabkan penampilannya yang agak ‘daring’, beberapa komen pedas telah terlepas di posting sebelumnya.

Seperti biasa, kecaman-kecaman yang diterima banyak melibatkan penampilan Nora yang kurang bersesuaian dengan dirinya yang beragama Islam.

Nora Danish Tampil Seksi Bercuti Di Langkawi,  Ini Nasihat Netizen Nora Danish Tampil Seksi Bercuti Di Langkawi,  Ini Nasihat Netizen

Mungkin banyak kritikan diterima susulan penampilannya itu, Nora dilihat telah menutup ruangan komen foto dikongsikannya itu.

Walau bagaimanapun, Nora tetap memuat naik gambar percutiannya di Instagram tanpa menghiraukan kecaman-kecaman tersebut.

Nora Danish Tampil Seksi Bercuti Di Langkawi,  Ini Nasihat Netizen

Selain daripada penampilannya yang seksi, gambar-gambar di pulai percutian tersebut sememangnya cukup indah lebih-lebih lagi tempat penginapan mereka sekeluarga adalah di hotel mewah betul-betul berhadapan dengan pantai.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Unik! Aina Abdul Lancar Single Mash-Up 3 in 1, Pertama di Malaysia

Hormati Cik B & Kacak, Iqbal Putus Asa Untuk Bernikah dengan Vida?