in , ,

Tidak Perlu Bertelagah dengan Isu Vaksin, Nora Danish Suntik Sinovac Netizen Puji Sebab Tak Memilih

Keterbukaan dan sikap tidak selektif pelakon jelita Nora Danish dalam soal penerimaan vaksin dipuji ramai peminat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Nora berkongsi perkhabaran bahawa dia selamat menerima suntikan dos pertama vaksin Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti UCSI.

Nora Danish tidak menyangka tindakannya mengambil suntikan vaksin jenis Sinovac dipuji netizen tidak ‘demand’ hingga dibandingkan dengan Ifa Raziah. Ia berikutan tindakan Ifa menolak suntikan vaksin Sinovac, sebaliknya meminta Pfizer hingga mencetuskan kecaman dan pertikaian ramai, baru-baru ini.

Bagi pelakon drama Mak Cun itu, dia tidak menyedari berlaku perbandingan antaranya dan Ifa.

“Sejujurnya, saya muat naik semula perkongsian berita ini di Instagram (IG) Story apabila ada artikel menulis cerita saya menerima suntikan vaksin Sinovac dan dicop tidak ‘demand’.

“Mulanya, saya agak pelik kenapa kisah saya mengambil vaksin menjadi tumpuan ramai. Saya juga dipuji tidak memilih jenis vaksin.

“Hanya beberapa hari selepas kisah tular barulah saya sedar artikel berkenaan berkaitan dengan kisah Ifa memilih vaksin Pfizer, sekali gus menolak Sinovac,” 

Mengenali penyanyi lagu Miss Diva itu secara peribadi, Nora percaya pasti ada sebab Ifa memilih vaksin.

“Setahu saya, Ifa jenis ‘sempoi’, merendah diri dan bukan seperti apa yang difikirkan. Pasti ada alasan Ifa berbuat sedemikian. Jadi, janganlah terlalu pantas menghukum seseorang.

“Saya bukan mahu mempertahankannya. Jika rasa apa yang dilakukannya tidak betul, tak perlulah ikut.

“Bagi saya, itu hak dan pilihan seseorang mahu memilih vaksin. Kita bukan budak kecil, sudah pandai membuat keputusan,” katanya.

Isteri kepada Nedim Nazri itu berkata, teruslah kekal positif dalam mengharungi situasi getir ketika era pandemik.

“Di luar saya terlalu banyak cerita negatif bertebaran. Serba serbi tidak betul termasuklah isu vaksin ini.

“Hentikanlah isu vaksin ini. Apa yang lebih utama, tanggungjawab berkongsi kepentingan pengambilan suntikan vaksin untuk kebaikan bersama.

“Daftar menerusi aplikasi MySejahtera dan ambil suntikan vaksin dengan segera. Tidakkah kita bimbang dengan kes penularan pandemik COVID-19 yang semakin tinggi, setiap hari?

“Jadi, tidak perlu bertelagah dengan isu yang tidak mendatangkan manfaat,” katanya.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kerajaan Tidak Sorok atau Manipulasi Angka Kes COVID-19

Ramai Alami Depresi, Lelaki Buka Khemah Tepi Jalan & Sedia Jadi Pendengar Luahan