in , ,

Unik! Aina Abdul Lancar Single Mash-Up 3 in 1, Pertama di Malaysia

Penyanyi dan komposer terkenal, Aina Abdul kini tampil dengan single baharu berjudul AINA ABDUL yang menggabungkan tiga lagu popular ciptaannya iaitu Sumpah, Semalam dan Sepi. Korang dah dengar?

Setelah menyiarkan teaser di laman sosial mengenai single terbaharunya, Aina Abdul akhirnya telah melancarkan sebuah single tiga dalam satu dengan memberikan judul dengan namanya sendiri berjudul Aina Abdul.

Menurut Aina, gabungan lagu berjudul AINA ABDUL itu adalah simbolik kepada isi hati dan apa yang dirasai selama ini. Khabarnya, dengan pelancaran lagu ini menjadikan, Aina sekaligus mencipta sejarah baharu indusri muzik tanah air. Sebelum ini tiada penyanyi yang buat mash up tiga buah lagu menjadi satu single yang telah diberi nafas baharu.

“Gabungan tiga buah lagu ini adalah isi hati sebenar saya. Ketika merakamkan lagu ini saya tidak dapat fikirkan judul lagu ini. Jadi, saya mengambil keputusan menggunakan nama saya sebagai judul dan menjadikan ia sebagai simbolik mengenai diri saya dan apa yang saya rasa,”

– Aina Abdul

Menurut Aina, gabungan tiga lagu itu disifatkan cukup berat untuk diekspresikan kerana setiap lagu mempunyai cerita yang mendalam.

“Saya memang sengaja susun semula tiga lagu ini dan menjadikan sebuah lagu baharu. Saya percaya susunan bait-bait lirik yang digabungkan menjadi sebuah lagu akan membuatkan pendengar mengimbau kembali single-single saya sebelum ini dan emosi yang cuba disampaikan.

“Sepatutnya saya nak lancarkan lagu ini lebih awal, tapi atas kekangan yang tidak dapat dielakkan saya memilih 16 September sebagai tarikh pelancaran,” katanya.

– Aina Abdul
Unik! Aina Abdul Lancar Single Mash-Up 3 in 1, Pertama di Malaysia

Menjengah ke ruangan komen hantaran Instagram terkini pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani ini, biarpun ada peminat yang kecewa kerana menyangka ia merupakan sebuah lagu baharu namun rata-rata memuji idea kreatif yang terus diperjuangkan oleh Aina.

Video muzik ini telah mendapat perhatian penggemar muzik sehingga berada di senarai trending muzik di Youtube Malaysia!

Dalam pada itu, tidak kurang juga ada diantara mereka beranggapan bahawa Aina seolah-oleh memberi petunjuk mengenai lagu seterusnya di dalam video muzik Aina Abdul.

Unik! Aina Abdul Lancar Single Mash-Up 3 in 1, Pertama di Malaysia

Untuk rekod, Aina turut mencipta kelainan yang mana buat pertama kalinya di dalam industri muzik Malaysia menyaksikan dua buah lagu ditampilkan serentak menerusi sebuah muzik video yang digarap khas, Maybe dan Kelip-Kelip.

Menurut Aina, dia ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan muzik video yang hanya mengambil masa dua hari untuk disiapkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy A03 Dilancarkan Dan Dijual Pada Harga RM559!

Nora Danish Tampil Seksi Bercuti Di Langkawi, Ini Nasihat Netizen