in ,

Janda Dedah Adi Putra Palsu Sijil Nikah

Bekas isteri kedua Datuk Adi Putra, Norshahida Zolkifly membuat laporan polis di sini baru-baru ini, mendakwa pelakon itu pernah buat sijil nikah palsu membabitkan diri mereka.

Ia dilakukan bekas suaminya itu yang juga warga Singapura pada awal Januari lalu untuk memudahkan proses permohonan visa dan bagi menjalankan urusan perniagaan di luar negara.

adi-wife

Norshahida, 34, berkata, dua laporan dibuat di Balai Polis Nilai di sini pada 30 November lalu untuk tindakan lanjut kedutaan negara berkenaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Menurut wanita tersebut, dia bimbang jika namanya terpalit sama dalam sebarang urusan perniagaan pelakon filem ‘KL Gengster’ itu atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim.

Beliau mendakwa, Adi Putra, 36, mengubah suai sijil nikah milik pelakon itu bersama bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, 42, dengan meletakkan nama Norshahida di sijil nikah tersebut.

“Saya kemudian membuat laporan kerana tidak mahu ada sebarang kaitan dengan beliau dan bimbang jika visa tersebut pula disalah guna untuk tujuan lain,” katanya kepada media di sini hari ini.

Jelasnya, dia bagaimanapun tidak membuat laporan polis sebelum Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memutuskan pernikahan mereka berdua sebagai tidak sah pada Julai lalu.

Ini kerana Norshahida berasa bimbang boleh berlaku pergolakan teruk rumah tangga antara mereka berdua jika pihak mahkamah berkenaan dimaklumkan bahawa sijil nikah itu adalah palsu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Azrul Hisham Mohd. Shaffei ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.

Sumber: MyNewsHUb

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Vokalis Kumpulan Panji Meninggal Dunia

Dulu Bising Suruh Kahwin, Sekarang Kecoh Soal Tudung