in , ,

Nora Ariffin Luah Rasa Syukur, Kini Bergelar Nenek, Syakir Iman Dikurniakan Anak Sulung

Selepas diuji dengan kehilangan suami tercinta, Nora Ariffin sekali lagi dibelenggu episod duka apabila anak keduanya iaitu Alif Johan menghadap Ilahi pada tahun lepas. Sejak itu, dia mula bangkit meneruskan hidup demi anak-anak termasuklah masih aktif membuat persembahan.

Nampaknya, pada tahun 2020 kehidupan penyanyi lagu ‘Di Persimpangan Dilema’ itu kembali bersinar. Menerusi posting terbaru di Instagram, Nora Ariffin meluahkan rasa syukur ketika menyambut cucu sulungnya pada hari ini. 

Nora Ariffin berkongsi berita gembira dirinya bergelar nenek selepas anak lelaki, Syakir Iman dan menantu, Putri Eliya Sofea, dikurniakan cahaya mata sulung, hari ini. Nora memberitahu, bayi yang dilahirkan secara pembedahan itu diberi nama Ayden Johan.

Nora Ariffin Luah Rasa Syukur, Kini Bergelar Nenek, Syakir Iman Dikurniakan Anak Sulung

Selain itu, dia mengakui dengan kehadiran ‘permata’ baru tersebut seterusnya menjadi penawar dalam keluarganya. Namun, selebriti berusia 47 tahun ini turut berasa sedih kerana moment tersebut tidak dapat disambut bersama-sama dengan Allahyarham suaminya.

Nora juga menitipkan pesanan kepada anak dan menantunya supaya menghargai zuriat yang dikurniakan. Selain itu, penyanyi wanita ini turut berharap agar kehadiran Ayden Johan akan memberikan kebahagiaan kepada keluarganya. 

“Rasanya, sayalah yang paling seronok dengan kehadiran cucu sulung ini. Malah, dua anak perempuan saya seronok kerana dapat anak buah.

“Nama Ayden Johan itu dipilih lebih awal oleh anak dan menantu saya. Nama Johan itu memang diletakkan sebagai tanda ingatan terhadap Allahyarham suami dan bapa mereka, Johan Nawawi.

“Alhamdulillah, bayi dan ibunya dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana menjaga mereka dengan baik.

– Nora Ariffin
Nora Ariffin Luah Rasa Syukur, Kini Bergelar Nenek, Syakir Iman Dikurniakan Anak Sulung

Sofea akan menghabiskan tempoh pantang di rumah keluarganya. Nampak gaya, sayalah yang akan kerap menjenguknya kerana mahu bermain dengan cucu,” 

Dalam keterujaan tersebut, dia turut berharap si cilik berkenaan akan menjadi insan yang baik dan soleh seperti Allahyarham Johan Nawawi. Selebriti wanita ini juga sempat memberikan penghargaan kepada mereka yang terlibat semasa menyambut kelahiran cucunya.

Sementara itu, menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), penyanyi Di Persimpangan Dilema itu turut meluahkan rasa sedih kerana meraikan kelahiran cucu tanpa suami di sisi.

Nora Ariffin Luah Rasa Syukur, Kini Bergelar Nenek, Syakir Iman Dikurniakan Anak Sulung

Luah Nora, jika Johan masih hidup, berita itu pasti disambut gembira.

“Pa… Kita sudah dapat cucu. Kalau abang masih hidup, mesti abang gembira sangat. Bayi selamat, sihat, ‘semangat’ dan comel. Sama macam kita sambut Iman dahulu.

“Moga kehadiran Ayden bakal menambah seri dan kebahagiaan dalam keluarga sederhana kami. Moga Allah memberkati kami semua di dunia dan akhirat,” luah penyanyi berusia 46 tahun ini.

– Nora Ariffin

Kata Nora, dia membahasakan dirinya sebagai Wan untuk cucu sulungnya itu.

“Anak-anak memanggil emak saya Tok Ma. Jadi untuk membezakannya, saya menggelarkan diri saya sebagai Wan,” katanya.

– Nora Ariffin

Tahniah!

Sumber: Instagram @itsnoraariffin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tuntutan Penjagaan Anak Selesai, Serina Dapat Hak Penjagaan Anak Perempuan

Chef Wan Sedih Melihat Nasib Kedua-dua Cucunya Akan Terpisah