in , ,

Chef Wan Sedih Melihat Nasib Kedua-dua Cucunya Akan Terpisah

Menerusi perkongsian chef selebriti yang juga pengacara program masakan terkenal, Datuk Chef Wan meluahkan rasa syukur selepas mahkamah telah membuat keputusan mengenai kes perceraian anaknya, Serina Redzuawan dan bekas suami, Gavin Edward O’Luanaigh.

Menurut Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan bin Ismail, mahkamah telah memerintahkan bahawa Serina akan mendapat hak penjagaan penuh anak perempuannya, Isabella manakala hak penjagaan anak lelakinya iaitu Tristan akan berada di bawah Gavin.

Dedah Chef Wan lagi, dia percaya bahawa baik Serina mahupun Gavin akan berasa kecewa dengan keputusan ini apatah lagi terpaksa memisahkan anak-anak mereka yang masih kecil.

Chef Wan Sedih Melihat Nasib Kedua-dua Cucunya Akan Terpisah

Bagaimanapun, Chef Wan berkata mahkamah telah menolak permintaan bekas menantunya itu untuk tidak membenarkan anak-anaknya tidur di kediaman datuk mereka.

Chef Wan Sedih Melihat Nasib Kedua-dua Cucunya Akan Terpisah

“Alhamdulillah selepas hampir 3 tahun anak saya bercerai dan berjuang menuntuk hak penjagaan dua anaknya iaitu Tristan dan Isabella, mahkamah telah memerintahkan hak penjagaan Isabella akan diberikan kepada Serina manakala Tristan akan bersama bapanya.”

“Saya pasti kedua-dua belah pihak kecewa dengan keputusan ini. Bagaimanapun, di pihak kami sekurang-kurangnya telah menang mengenai dakwaan untuk tidak membenarkan cucu-cucu saya bermalam di rumah saya. Kesemua tuduhan itu tidak diterima oleh pihak mahkamah dan digugurkan!”

Dalam pada itu, Chef Wan tetap menyatakan kekesalannya mengenai hak penjagaan anak lelaki Serina biarpun dia telah menunjukkan segala bukti mengenai gaya hidup Gavin yang tidak berlandaskan agama Islam. Namun, jelas Chef Wan mereka hanya mampu redha dan menghormati keputusan mahkamah.

Untuk rekod, Serina dan Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Tristan Tareef, 9, dan Isabella Saffiya, 7.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nora Ariffin Luah Rasa Syukur, Kini Bergelar Nenek, Syakir Iman Dikurniakan Anak Sulung

Ali Puteh Balas Saman, Hidayah Mengaku Ambil RM10,000 Dari Akaun Allahyarham Suami