in , ,

Tuntutan Penjagaan Anak Selesai, Serina Dapat Hak Penjagaan Anak Perempuan

Selepas tiga tahun menanti, pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan akur dengan keputusan Mahkamah Syariah berhubung tuntutan penjagaan dua anak dengan bekas suami, yang diputuskan, hari ini.

Anak kepada chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan ini sedar terlalu banyak ujian, dugaan dan air mata tertumpah sejak dia dan bekas suami, Gavin Edward O’Luanaigh, bercerai.

Serina dan Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak, Tristan Tareef, dan Isabella Saffiya.

Serina Dapat Hak Penjagaan Anak Perempuan
Chef Wan turut menemani Serina

“Hari ini mahkamah putuskan anak perempuan tinggal bersama saya. Anak lelaki (Tristan) pula menetap dengan bapanya.

“Memang sedih dan terkilan dengan keputusan ini… Kasihan anak terpisah.

“Biar apa pun, kita bersangka baik dengan Allah SWT. Apa yang diaturkan, itulah yang kita kena reda. Moga Allah SWT sentiasa pelihara Tristan dengan iman yang kuat dan berpegang kukuh pada agama Islam,”

– Serina

Serina berkata, apa yang pasti, dia akan sentiasa berada dengan anak-anak biarpun mereka terpisah.

Selain itu, tambah Serina, sengketa antara dirinya dan suami diharap tidak berpanjangan.

Serina Dapat Hak Penjagaan Anak Perempuan
Serina berjanji akan terus berada di samping Isabella (tengah) dan Tristan. Foto Ihsan Serina Redzuawan

“Tidak guna hendak bergaduh dan berebut anak. Biar apa pun, anak adalah amanah yang perlu dijaga bersama. Hentikan dendam.

“Saya dan dia (bekas suami) kena fokus pada kasih sayang untuk kedua-dua anak kami,”

– Serina

Serina turut berterima kasih kepada bapanya yang terus memberi semangat dan kekuatan.

“Terima kasih kepada pengurus dan teman artis seperti Ezlynn yang sudi temankan saya di Mahkamah Syariah, pagi tadi.

“Tidak terkecuali, peguam saya yang bekerja keras untuk mendapatkan penyelesaian terbaik. Terima kasih kepada keluarga, peminat dan semua pihak yang mendoakan,”

– Serina
Sumber: BH Online

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Permohonan Tubuh Yayasan Belajar Al-Quran Diluluskan, Rizalman Luah Rasa Sebak

Nora Ariffin Luah Rasa Syukur, Kini Bergelar Nenek, Syakir Iman Dikurniakan Anak Sulung