in , ,

Noorkhiriah Berhadapan Detik Cemas, Anak Lelaki Hilang, Bersyukur Ditemui Selamat

Pelakon Noorkhiriah berhadapan detik cemas apabila anak sulungnya Muhammad Hudhaifah, 12, dipercayai hilang selepas tersedar ia tiada di rumah pada awal pagi Khamis.

Akibat kejadian itu, Noorkhiriah memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya dengan memaparkan gambar anaknya bagi mencari jalan agar orang ramai dapat membantu mengesan kanak-kanak itu sekitar Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

“Kalau jumpa kanak-kanak ini tolong hubungi ibunya Noorkhiriah, bangun pagi dia tiada dalam rumah,” menurut posting yang tersebar.

Muhammad Hudhaifah ditemui selamat di kawasan Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur berdeka pusat membeli belah One Utama, Damansara, tidak jauh dari rumah mereka tanpa ada unsur-unsur jenayah.

khiriah neelofa

Noorkhiriah turut berkongsi gambar anaknya bersama basikal yang dipercayai digunakannya untuk keluar rumah.

Dia disedari hilang pukul 6 pagi tadi dan dijumpai di area Taman Tun dalam keadaan selamat!

Dalam pada itu suami Noorkhiriah iaitu Azfaizul Ahtan yang dihubungi mStar berkata, anaknya itu sudah ditemui dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.

ANAK NOORKHIRIAH

“Anak saya dah jumpa dah… terima kasih semua!

Noorkhiriah bersyukur anak ditemui selamat selepas beberapa jam dilaporkan hilang.

Muhammad Hudhaifah ditemui selamat di kawasan Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur berdeka pusat membeli belah One Utama, Damansara, tidak jauh dari rumah mereka tanpa ada unsur-unsur jenayah.

Selain Muhammad Hudhaifah, pasangan berkenaan turut memiliki seorang lagi anak lelaki iaitu Muhammad Yusoff, 10, dan anak angkat bernama Nur yang kini berusia 2 tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Ragam & Gelagat Lelaki Dalam Drama Bersiri AHLI BAPAK BAPAK CLUB Arahan Tam Suhaimi

Isu Langgar SOP, Neelofa & PU Riz Mengaku Tidak Bersalah Kes Beli Karpet di Nilai 3