in , ,

Isu Langgar SOP, Neelofa & PU Riz Mengaku Tidak Bersalah Kes Beli Karpet di Nilai 3

Selebriti popular Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail didakwa di Mahkamah Majistret Seremban di sini pada Khamis atas pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) awal Mei lalu.

Usahawan dan selebriti tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pasangan itu yang tiba di Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira jam 8.50 pagi tadi didakwa atas dua pertuduhan gagal mematuhi SOP PKPB pada 2 Mei lalu.

Pihak pendakwaan melalui Nor Azizah Aling memohon jaminan RM20,000 dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh mengambil kira kes tersebut mendapat perhatian umum dan kes COVID-19 yang masih tinggi. Begitupun, pasukan pembelaan diwakili M Haresh membantah dan meminta tiada jaminan dikenakan atas alasan kes tersebut bukanlah kes jenayah namun hanya melibatkan saman.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Majistret kemudian menetapkan PU Riz yang menghadapi dua pertuduhan dikenakan ikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Manakala, Neelofa yang berdepan satu pertuduhan pula dikenakan ikat jamin RM5,000 meskipun pihak pendakwaan memohon jaminan RM20,000 dikenakan kepada kedua-dua tertuduh.

Kedua-dua tertuduh telah membayar jaminan tersebut dan dilihat meninggalkan kompleks mahkamah kira-kira jam 10.10 pagi.

Sekiranya disabitkan bersalah, mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali untuk setiap pertuduhan.

Pendakwaan terhadap Neelofa dan suami mendapat liputan meluas media apabila petugas media dari pelbagai agensi tiba seawal jam 730 pagi.

Media sebelum ini melaporkan kenyataan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, bahawa pertuduhan ke atas pasangan terbabit akan dijalankan selepas kertas siasatan kes perlanggaran SOP PKPB membabitkan kedua-duanya dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Kedua-dua mereka dituduh di Mahkamah Majistret Seremban hari ini di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Kes akan disebut semula pada 4 Jun depan.

Kes tersebut dikenalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazali Omar, Nor Azizah Aling dan Iznina Hanim Hashim manakala M Haresh menegetuai pasukan pembelaan mewakili Neelofa dan Muhammad Haris.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021.

Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai permaidani berkenaan.

Neelofa menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli permaidani dan netizen mempersoalkan bagaimana dia boleh merentas negeri semata-mata untuk membeli barang perhiasan rumah.

Isu itu mula menjadi bualan selepas Neelofa memuat naik sekeping foto dan video di akaun Instagram miliknya yang memaparkan dia dan suami berada di sebuah kedai permaidani.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Noorkhiriah Berhadapan Detik Cemas, Anak Lelaki Hilang, Bersyukur Ditemui Selamat

TERRIUS BEHIND ME, So Ji Sub Jadi Pengasuh Demi Ungkap Konspirasi di TV2