in , ,

Noh Salleh Sudah Bertunang Dengan Fatin Athira, Bakal Nikah 23 September 2023

Penyanyi Noh Salleh didakwa sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Fatin Athirah Mustapa hari ini

Vokalis Hujan, Noh Salleh bakal mengakhiri status duda apabila mengikat pertunangan dengan seorang peguam, petang tadi.

Majlis yang diadakan di kediaman keluarga wanita pilihannya di Putra Heights Subang Jaya tersebut difahamkan turut menetapkan tarikh pernikahan iaitu pada 23 September ini.

Tahniah Noh!

Difahamkan, Fatin Athira Mustapa merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Sumber terdekat yang juga kenalan ibu bapa bakal isterinya itu menyatakan ahli keluarga terdekat Noh datang dari Kuching, Sarawak membawa bersama dulang hantaran.

“Kami dimaklumkan tuan rumah mengadakan majlis pertunangan anaknya, sekali dengan rumah terbuka Syawal yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat.

“Ketika tiba di kediaman mereka sekitar pukul 3 petang tadi majlis pertunangan sudah selesai, tetapi Noh serta keluarganya masih berada di sana,” kata sumber.

Noh Salleh Sudah Bertunang Dengan Fatin Athira, Bakal Nikah 23 September 2023

Wanita pilihannya itu bernama Fatin Athira Mustapa yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Sumber turut menjelaskan Fatin, 30, mempunyai minat terhadap muzik, sama dengan Noh, selain berkebolehan bermain gitar dan menyanyi.

Noh Salleh Sudah Bertunang Dengan Fatin Athira, Bakal Nikah 23 September 2023

Pada majlis pertunangan, Fatin memilih persalinan rona hitam, manakala Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh turut mengenakan baju Melayu warna senada.

Sebelum ini, penyanyi merangkap komposer itu mendirikan rumahtangga dengan penyanyi, Mizz Nina atau Shazrina Azman, 40, pada 2 Julai 2011, namun bercerai awal Ogos tahun lalu.

Pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat, Musa yang diperkenalkan kepada umum sekitar April tahun lalu. – 

Sumber: KOSMO! ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM

RTM Kini Menjadi Penyiar Tunggal Untuk Acara Sukan Sea Kemboja 2023 

Teater Bangsawan Indie Puteri Gunung Ledang: Sakti Siti Djamilah