in , ,

RTM Kini Menjadi Penyiar Tunggal Untuk Acara Sukan Sea Kemboja 2023 

RTM merupakan Penyiar Tunggal Sukan SEA ke-32 dari Kemboja. Selari dengan slogan saluran Sukan RTM “Sukan Untuk Semua”, RTM menyiarkan secara langsung acara Sukan SEA Kemboja 2023 bermula 5 Mei hingga 17 Mei 2023 di saluran Okey dan Sukan RTM.

Siaran langsung eksklusif bermula pada 3 Mei 2023, menyaksikan perlawanan pertama skuad Harimau Muda menentang Laos bagi saingan Kumpulan B. 

Sebanyak 43 siaran langsung akan disiarkan melalui saluran Okey dan Sukan RTM dengan purata enam jam dalam tiga sesi. Sesi pagi, laporan harian pagi bermula pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, sesi petang, laporan harian petang pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang dan sesi malam, melalui sorotan harian bermula pukul 10.00 malam hingga 11.00 malam. 

SUKAN SEA KEMBOJA 2023 - RTM

RTM turut menyiarkan sebanyak 11 siaran ulangan untuk sorotan harian pada pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi di saluran Sukan RTM. 

Siaran langsung Perasmian Pembukaan Sukan Sea Kemboja 2023 pada yang dijadualkan pada 5 Mei 2023 (Jumaat), pukul 7.45 malam akan disiarkan di saluran Okey, Sukan RTM dan menerusi penstriman langsung di RTMKlik. Siaran Langsung Penutup Sukan SEA Kemboja 2023 juga akan disiarkan pada 17 Mei 2023. 

Seramai 17 orang petugas RTM kini berada di Phnom Penh untuk memberikan liputan terbaik Sukan SEA Kemboja 2023 untuk seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada semua peminat sukan tanah air. 

Saksikan Sukan SEA Kemboja 2023 hanya di RTM menerusi saluran Okey, Sukan RTM dan menerusi penstriman langsung secara percuma di RTMKlik. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AZMI SAAT, ONE PATH

Azmi Saat & One Path Lancar Lagu Perjuangan Berjudul Apa Khabar Cinta

NOH SALLEH

Noh Salleh Sudah Bertunang Dengan Fatin Athira, Bakal Nikah 23 September 2023