in ,

Nisha Dirr Bakal Bertunang Dengan Edi Khushairy Esok

Minggu lalu, Budiey telah dihubungi oleh pelakon jelita, Nisha Dirr yang mana beliau menjemput Budiey untuk hadir di Majlis Pertunangan Nisha Dirr dengan jejaka pilihan hatinya bernama Edi Khushairy B Dato Abd Kadir yang berusia 34 tahun. Manakala Nisha Dirr sekarang ni dah berusia 30 tahun. Kiranya bakal tunang Nisha berusia lebih 4 tahun dari Nisha kan?

Nisha-Dirr

[dropcap]T[/dropcap]erima kasih banyak-banyak Budiey ucapkan kepada Nisha Dirr sebab sudi jemput Budiey. Tak pasti dapat hadir ke tak memandangkan Budiey sekarang ini masih sibuk dengan Party Ulangtahun Budiey Dot Com Ke-7 yang akan berlangsung pada 7 Januari 2014 nanti. Banyak lagi perkara dan benda kena buat termasuklah memunggah segala barang goodies dan hadiah cabutan bertuah untuk dihadiahkan kepada tetamu yang hadir.

Apa-apa pun Budiey ucapkan semoga segala perancangan yang dibuat oleh Nisha Dirr berjalan dengan lancar. Majlis pertunangan Nisha Dirr bakal berlangsung di Sime Darby Convention Centre Bukit Kiara esok jam 8 malam.

Budiey dapat tahu, bakal tunang Nisha Dirr ni seorang usahawan berjaya dan ahli perniagaan dan mereka berkenalan dah lama dah, 3 tahun. Jejaka ini dikatakan mula bertemu dan terpikat dengan Nisha Dirr sewaktu dia hadir ke lokasi penggambaran untuk bertemu dengan rakannya yang merupakan seorang pengarah.

Selamat bertunang, Nisha Dirr dan pasangannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari Keringat Senja Kongsi Kerjaya Unik Yang Diwarisi

Drama Berisi Lagenda Langkawi Lakonan Zul Ariffin