in , ,

Nikmati Rancangan Hangat Korea Dengan K-Plus (Saluran Astro 396)

Previu dari sekarang hingga 31 Mei untuk semua pelanggan Astro

Pelanggan Astro boleh menikmati lebih banyak program kegemaran Korea pada skrin besar dan mengikut keselesaan mereka di rumah menerusi K-Plus yang kini di TV melalui Saluran 396. Pelanggan juga boleh strim K-Plus (Saluran 396) di Astro GO atau On Demand. 

Menerusi K-Plus (Saluran 396), pelanggan boleh menantikan gabungan menarik program-program popular Korea termasuk kandungan eksklusif, tayangan perdana siri drama, program kepelbagaian dan K-pop termasuk The Killer’s Shopping List, Show Champion, Knowing Bros, House of Lies, Melancholia, The One and Only, dan lebih lagi.

Semua pelanggan Astro boleh menikmati previu percuma K-Plus (Saluran 396) dari sekarang hingga 31 Mei 2022. Bermula 1 Jun 2022, para pelanggan ‘Korean Pack’ boleh terus menikmati drama-drama terhangat Korea, filem-filem dan program K-pop di K-Plus (Saluran 396), KBS World (Saluran 392), ONE (Ch 393) dan tvN (Saluran 395). 

Untuk maklumat lanjut, layari: content.astro.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teruja Menanti Drama MONEY HEIST: KOREA – JOINT ECONOMIC AREA

Drama Siri SERIBU NINA Lakonan Syafiq Kyle & Adriana Adnan Di Viu