in , ,

Drama Siri SERIBU NINA Lakonan Syafiq Kyle & Adriana Adnan Di Viu

Mengembara ke 1,000 dimensi bersama Syafiq Kyle dan Adriana Adnan dalam drama percintaan fantasi terbaharu Viu Original. Tayangan perdana Seribu Nina di seluruh Malaysia dan 15 pasaran luar negara menampilkan barisan pelakon popular Malaysia.

Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW, melancarkan siri drama Viu Original Malaysia terbaharu Seribu Nina bermula Khamis, 19 Mei. Tayangan sebanyak dua episod setiap minggu, membolehkan penonton menghayati jalan cerita  epik dalam pencarian cinta, penemuan diri, pengembaraan dan fantasi merentasi seribu dimensi.

Seribu Nina mengisahkan satu pasangan yang berbeza personaliti : Amar, seorang pensyarah muda yang teliti dan skema, manakala Nina, teman wanitanya yang bekerja sebagai barista kafe tempatan pula bersikap spontan. Ketika Amar dalam dilema setelah dilamar Nina, satu peristiwa tidak dijangka berlaku. Nina yang menyembunyikan siapa dirinya yang sebenar telah diculik kembali ke dimensi asalnya. Pada masa yang sama, Nina dan Amar juga sedang diburu oleh Didi, seorang pemburu upahan dari dimensi lain.

Drama Siri Seribu Nina

Amar kemudian memulakan pengembaraannya merentas seribu dimensi untuk mencari Nina. Perjalanan pasangan ini menyebabkan mereka menemui kebenaran tentang perasaan antara satu sama lain, sambil membentuk persahabatan dengan penghuni dimensi lain di sepanjang perjalanan mereka. 

Drama ini menggambarkan perjalanan epik penemuan diri dan hubungan di alam yang penuh dengan kebarangkalian, di samping belajar untuk menerima takdir, mengambil risiko dan menerima kelemahan masing-masing.

Drama Siri Seribu Nina

Watak Amar dilakonkan oleh Syafiq Kyle, pelakon utama siri TV sensasi yang mendapat pujian kritik, Nur dan pemenang Pelakon TV Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 pada tahun 2019. 

Drama Siri Seribu Nina

Watak Nina dilakonkan oleh Adriana Adnan, seorang pengacara TV, model dan pelakon yang mencipta kejayaan dalam industri hiburan tempatan menerusi pelbagai siri TV seperti Orang Gaji ke-19 dan telemovie Jula Juli Bintang Cinta.

Sementara itu, Marsha Milan, pemenang anugerah Persembahan Terbaik dan naib juara Anugerah Juara Lagu 2022, memegang watak sebagai Didi. Sebagai pengacara, pelakon dan penyanyi yang cemerlang, Marsha sebelum ini pernah memainkan watak dalam drama Viu Original Keluarga Baha Don Musim 2 dan 3.

Seribu Nina adalah drama hasil arahan Umi Salwana Omar, pengarah tempatan terkenal yang dicalonkan untuk Pengarah Baharu Terbaik di Festival Filem Malaysia 2019 dan Festival Official Selection Berlin Female Filmmakers  2019. Beliau dikenali sebagai seorang pengarah yang penuh imaginasi, menggunakan keunikkannya untuk memikat penonton dari semua peringkat umur dan menyatukan orang ramai melalui karyanya.

Penonton Viu boleh menonton siri ini menggunakan aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store, Google Play dan di TV pintar terpilih, serta di laman web di www.viu.com

Drama Siri Seribu Nina
Drama Siri Seribu Nina
Drama Siri Seribu Nina
Drama Siri Seribu Nina
Drama Siri Seribu Nina
Drama Siri Seribu Nina

Tentang Viu

Viu, perkhidmatan penstriman video OTT serantau terkemuka PCCW, terdapat di 16 buah negara di Asia, Timur Tengah dan Afrika Selatan, dengan 58.6 juta pengguna aktif bulanan (“MAU”) sehingga Disember 2021.

Perkhidmatan Viu tersedia secara  percuma dengan sokongan iklan dan juga langganan premium yang terdiri daripada beberapa pilihan langganan). Viu menawarkan siri TV, filem terbaharu dan program gaya hidup dalam bahasa tempatan dan serantau beserta sarikata daripada pembekal kandungan terkemuka, serta produksi di bawah jenama “Viu Original”.

Viu juga menawarkan fungsi penstriman dan ciri muat turun kandungan yang mesra  pengguna, dan boleh disambungkan ke  pelbagai peranti n. Viu juga membekalkan pengalaman tontonan terbaik tanpa mengira peranti atau rangkaian internet. 

Perkhidmatan penstriman ini boleh diakses melalui aplikasi Viu (secara percuma di App Store dan Google Play) pada telefon pintar dan tablet, TV pintar, serta di laman web www.viu.com.

Bukan itu sahaja, Viu International Limited, melalui anak syarikat Moov (Hong Kong) Limited, turut mengendalikan MOOV, perkhidmatan penstriman muzik digital dan konsert popular secara langsung di Hong Kong. 

Tentang PCCW Limited

PCCW Limited (SEHK: 0008) ialah syarikat telekomunikasi, media, solusi IT, pembangunan dan pelaburan hartanah serta perniagaan lain antarabangsa yang berpusat di Hong Kong. 

Syarikat ini memegang saham majoriti HKT Trust and HKT Limited, pembekal perkhidmatan telekomunikasi terulung di Hong Kong dan juga pengendali terkemuka talian tetap, jalur lebar, komunikasi mudah alih dan perkhidmatan hiburan media. HKT membekalkan solusi berintegrasi menggunakan teknologi baru untuk membantu perusahaan dalam menambahbaik perniagaan mereka. HKT juga telah membina ekosistem digital berintegrasi dengan program kesetiaan, e-dagang, pelancongan, insurans, Analisis Data Besar, teknologi kewangan dan perkhidmatan teknologi kesihatan untuk mengeratkan hubungannya dengan pelanggan.

PCCW memiliki kumpulan multimedia dan hiburan bersepadu di Hong Kong yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan video over-the-top (“OTT”) secara tempatan dan serantau, penghasilan kandungan, pengurusan artis dan pengurusan acara.

Melalui HK Television Entertainment Company Limited, PCCW juga mengendalikan perkhidmatan TV percuma domestik di Hong Kong.

PCCW juga memiliki PCCW Solutions, penyedia servis luar perkhidmatan IT dan perniagaan yang terkemuka di Hong Kong, China dan Asia Tenggara.

Selain itu, PCCW juga memegang kepentingan dalam Pacific Century Premium Developments Limited dan pelaburan luar negara lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PCCW, sila layari www.pccw.com 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nikmati Rancangan Hangat Korea Dengan K-Plus (Saluran Astro 396)

Uyaina Arshad & Ng Kar Yoon Jadi Duta Produk NESTLÉ LIVELY™ Tea