in , ,

Nikmati Program Terhebat Drama & Filem Korea di Astro Pada Januari Ini

Lebih program terhebat Korea di Astro pada Januari ini. Poong, The Joseon Psychiatrist 2, Kokdu: Season of Deity, Agency dan banyak lagi.

Bulan Januari ini, semua peminat hiburan Korea boleh berhibur dengan drama dan filem terhebat dari Korea, ditayangkan di Astro menerusi ONE (Saluran 393 HD), tvN (Saluran 395 HD), K-Plus (Saluran 396), tvN Movies (Saluran 416 HD). Peminat juga boleh strim episod-episod yang tersedia di On Demand dan Astro GO, pada bila-bila masa, di mana jua. 

• Peminat boleh menikmati drama dan filem terbaik, termasuk: 

• Drama romantik komedi Poong, The Joseon Psychiatrist 2, ditayangkan 24 jam selepas Korea, menampilkan Kim Min Jae, Kim Hyang Gi, Kim Sang Kyung, Kang Young Seok dan lebih lagi, bermula 12 Jan di tvN (Saluran 395 HD).

• Drama romatik Kokdu: Season of Deity, ditayangkan 24 jam selepas Korea, dibintangi oleh Kim Jung-hyun, Im Soo-hyang, Lee Jung-joon, dan lebih lagi, bermula 28 Jan di ONE (Saluran 393 HD).

• Drama Agency, ditayangkan 24 jam selepas Korea, dibarisi oleh Lee Bo Young, Jo Sung Ha, Son Ha Eun, Han Joon Woo dan lebih lagi, episod baharu tersedia pada setiap Ahad dan Isnin, di K-Plus (Saluran 396).

• Drama romantik komedi Clean with Passion for Now, menampilkan Yoon Kyun-sang, Kim Yoo-jung, Lee Do-hyun dan lebih lagi, bermula 17 Jan di K-Plus (Saluran 396)

• Filem aksi mendebarkan Emergency Declaration, dibintangi oleh Song Kang Ho, Lee Byung Hun, Jeon Do Yeon dan lebih lagi, pada 23 Jan  di tvN Movies (Saluran 416 HD).

• Filem aksi jenayah The Goblin, menampilkan Jo Dong Hyuk, Lee Wan, Im Jung Eun, dan lebih lagi, pada 14 Jan di tvN Movies (Saluran 416 HD).

• Filem komedi 6/45: Lucky Lotto, dibintangi oleh Go Kyung Pyo, Lee Yi Kyung, Eum Moon Suk dan lebih lagi, pada 21 Jan di tvN Movies (Saluran 416 HD). 

Senarai Program

Poong, The Joseon Psychiatrist 2

Poong, The Joseon Psychiatrist 2 [24 jam selepas Korea] [Tayangan Perdana]

12 Januari, Khamis & Jumaat, 9.15 mlm di tvN (Saluran 395)

Kisah Yoo Se Poong, seorang pakar psikiatri diteruskan dalam musim ke-2 ‘Poong, the Joseon Psychiatrist’. Eun Woo, seorang balu yang menjadi penguat kepada Se Poong untuk meneruskan perjuangannya, dan Eun Woo yang membuatnya percaya bahawa semua orang berhak hidup bebas daripada segala prasangka. Malangnya, mereka berdua terpaksa mengambil jalan yang berbeza sebelum dapat meluahkan perasaan antara satu sama lain. Bertempat di istana Hanyang, perjalanan untuk membongkar kes misteri bermula apabila Se Poong dan Eun Woo memaparkan percintaan mereka.

Kokdu_ Season of Deity

Kokdu: Season of Deity [24 jam selepas Korea] [Tayangan Perdana]

28 Januari, Sabtu & Ahad, 9.45 mlm di ONE (Saluran 393 HD)

Pada setiap 99 tahun, Kokdu (Kim Jung Hyun), dewa kematian, meninggalkan tugas dunia dan mengembara ke dunia fana dengan memiliki tubuh manusia. Tahun ini, dia mengambil mayat lelaki bernama Do Jin Woo (Kim Jung Hyun), seorang profesor perubatan kecemasan di hospital universiti berprestij. Kemudian dia bertemu dengan Han Ge Jeol (Im Soo Hyang), seorang doktor yang mempunyai kuasa misteri untuk memberi perintah sesuka hati. Hubungan romantis makin intim antara dewa kematian yang berhati dingin dan seorang doktor yang ceria.

Agency

Agency [24 jam selepas Korea] [Episode Baharu]

Setiap Ahad & Isnin, 9.15 mlm di K-Plus (Saluran 396)

Drama di pejabat yang menceritakan tentang seorang wanita pertama yang diberi tugas sebagai eksekutif dan kerjaya yang meletakkan dirinya di kedudukan tertinggi. Di sebalik agensi pengiklanan, terdapat kisah realistik kehidupan seharian seperti perbalahan dan dunia di belakang tabir industri pengiklanan.

Clean with Passion for Now

Clean with Passion for Now [Tayangan Perdana]

17 Januari, Selasa & Rabu, 8 mlm di K-Plus (Saluran 396)

Jang Sun-Gyeol mempunyai mysophobia (takut kepada kuman) dan menjalankan syarikat pembersihan. Dia bertemu Gil O-Sol, seorang yang ceria dan tidak begitu peduli untuk berada dalam persekitaran kotor. Dengan bantuan Gil O-Sol, Jang Sun-Gyeol mengharungi mysophobia dan juga jatuh cinta dengan Gil O-Sol.

Emergency Declaration

Emergency Declaration [Tayangan Perdana]

23 Januari, Isnin, 10 mlm di tvN Movies (Saluran 416 HD)

Semasa menyiasat ancaman pengganas yang berlaku dalam talian, pihak berkuasa Korea mendapati bahawa seorang suspek telah menaiki penerbangan menuju ke Amerika Syarikat. Apabila penumpang yang sihat dalam pesawat yang sama tiba-tiba meninggal dunia, panik terjadi dalam penerbangan dan di darat. Dengan bahan api yang semakin berkurangan dan penolakan dari pihak antarabangsa untuk menawarkan bantuan, kapten dan anak kapal mengambil langkah kecemasan yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk menyelamatkan nyawa semua penumpang.

The Goblin [Tayangan Perdana]

14 Januari, Sabtu, 10 mlm di tvN Movies (Saluran 416 HD)

Selepas sepuluh tahun dalam penjara, Doohyun dibebaskan dan dia tidak mahu apa-apa selain menjalani kehidupan biasa, tetapi apabila pasangan lamanya menculik anak perempuannya, sikap sebenar Goblin yang telah lama tersembunyi terserlah.

6_45_ Lucky Lotto

6/45: Lucky Lotto [Tayangan Perdana]

21 Januari, Sabtu, 10 mlm di tvN Movies (Saluran 416 HD)

Keterujaan untuk memenangi tiket loteri tidak bertahan lama buat Chun-woo kerana dengan secara tidak sengaja, dia akhirnya melintasi Garisan Penandaan Tentera. Dia terpaksa menjaga langkahnya dan mencari tiket loteri tersebut semula!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rakam Semula DERITA Versi Baharu, Ternyata Lagu Isma Sane Ini Lebih Emosi 

LEGOLAND

LEGOLAND® Malaysia Resort Membawa Tradisi Tahun Baru Lunar Terbaik