in , ,

Rakam Semula DERITA Versi Baharu, Ternyata Lagu Isma Sane Ini Lebih Emosi 

DIPERKENALKAN lebih empat tahun lalu, lagu Derita memahat nama Isma Sane dalam industri muzik apabila video muzik yang dilancarkan pada September 2018 mencatat lebih 33 juta tontonan.

Pencapaian itu adalah sesuatu yang membanggakan buat penyanyi dan komposer muda itu yang pernah tampil bersama single Kembali (2019), Sepi (2021), Pergi Jauh (2022), Kamu dan Dia (2022) dan Sayang Sayang (2022).

Meskipun sudah lebih empat tahun berlalu, Derita masih menjadi siulan ramai. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan luar biasa itu, Isma Sane merakamkan semula lagu tersebut dalam versi baharu menggunakan piano dan string.

Derita Versi Baharu Dari Isma Sane Lebih Emosi

Pengarah Beegood Music, Amir Arshad berkata, rakaman semula itu dibuat untuk memberi ruang kepada peminat menghayati lagu itu dari sudut baharu dan lebih segar. 

“Cukup istimewa apabila versi baharu ini menggunakan piano dan ‘string’. Kami mahu peminat turut sama merasai dan menghayati penyampaian Isma Sane dalam versi ini.

“Pemilihan instrumen piano dan ‘string’ bersesuaian dengan emosi dan melodi lagu itu. Lagu ini penuh dengan emosi dan untuk membangkitkan lagi kesedihan, kami rakamkan semula dengan vokal terbaharu. 

Derita Versi Baharu Dari Isma Sane Lebih Emosi

“Terdapat beberapa bahagian tambahan pada lagu ini, terutama dari sudut lirik. Lagu ini dipilih kerana sudah menjadi ‘trademark’ Isma Sane. Apabila menyanyikan Derita, orang sudah tahu itu dia.  Lagu ini sangat dekat dengan peminat Isma Sane,” katanya.

Sebagai rangka promosi lagu yang dilancarkan di semua platform muzik digital sejak 16 Disember lalu, Beegood Music merancang untuk mengadakan siri jelajah di 10 sekolah menerusi program Beegood At School.

Derita Versi Baharu Dari Isma Sane Lebih Emosi

“Kami mahu membawa elemen ‘education entertainment’. Menerusi sesi itu, turut diadakan perkongsian berkenaan kesihatan mental. Kami mahu membawa beberapa artis, termasuk doktor untuk menerangkan perkara itu. 

“Selain itu, kami juga mengajak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kesihatan mental untuk turut serta,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria Fm

Suria FM Stesen Radio Pertama Bersiaran Di Atas Kapal Persiaran

Lee Minho

Nikmati Program Terhebat Drama & Filem Korea di Astro Pada Januari Ini