in

Nikki, Colabr8, Elyana di Karnival Jom Heboh 2008

Penjelajahan Karnival Jom Heboh 2008 ke seluruh negara berakhir di lokasi terakhir, di perkarangan Kompleks Sukan Bukit Jalil pada hujung minggu ini. Karnival Jom Heboh 2008 ini menampilkan banyak kelainan dan ia juga akan membuka satu lagi landasan bagi mengeratkan tali silaturahim sesama insan dan seisi keluarga. Karnival yang berlangsung selama dua hari ini akan diadakan pada Sabtu & Ahad, 20 & 21 Disember 2008 mulai jam 9.00pagi hingga 7.00malam.

Pelbagai aktiviti menarik khusus untuk pengunjung telah diatur bersempena dengan Karnival Jom Heboh demi memberikan hanya yang terbaik kepada pengunjung. Selain menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan, pengunjung juga berpeluang untuk berjumpa dan beramah-mesra dengan personaliti-personaliti Media Prima dan artis-artis terkenal tanah air.

Tarikh: 20 Disember 2008 (Sabtu)
Masa: 3.30petang
Acara: Sumbangan Tabung TV3 Bersamamu kepada Rumah Anak-Anak Yatim Lambaian Kasih, Sungai Penchala
Tempat: Gerai MyTV3

Tarikh: 21 Disember 2008 (Ahad)
Masa: 8.30malam
Acara: Konsert Jom Heboh 2008
Tempat: Pentas Utama, Tapak Karnival Jom Heboh
Artis: Nikki, Colabr8, Elyana, Nitrus, Ziana Zain, Farah Asyikin, Rahim Maarof, Bunkface, Saiful Apek & Nabil, Estranged

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Norman Hakim Cerai Abby Abadi Dengan Talak Satu

Program Menarik Sempena Krismas di 8TV