in ,

Nights Of Fright, Sunway Lagoon Kembali Menghantui Anda Untuk Tahun Ke 6

Mereka Diseru Tanpa Diundang. Temui Mereka Di Nights Of Fright 6. Setiap tahun ketika ‘Halloween’ menjelma, Sunway Lagoon berubah wajah menjadi tempat yang benar-benar menakutkan. Menanti para pengunjung yang ingin merasai serta mendekati alam mistik serta misteri, NIGHTS OF FRIGHT (NOF) 6, Sunway Lagoon memberi jaminan kepada anda kepuasan yang lebih menakutkan berbanding edisi yang sebelumnya.

Kembali untuk tahun ke 6, NOF adalah festival terbesar dan paling dinanti di Malaysia. Dari 28 September hingga 31 Oktober 2018, Sunway Lagoon menjadi tuan rumah untuk lapan rumah berhantu, empat zon menakutkan dan pelbagai aktiviti untuk memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk pengunjungnya.

Jemput masuk ke kawasan ‘WENDIGO – THE LEGEND IN THE MIST’, dimana menempatkan mitos dan raksasa. Dalam kisah dongeng, ‘Wendigo’ muncul sebagai semangat seperti kanibal yang memakan manusia. Wendigo dikatakan mempunyai tahap kelaparan yang tidak dapat dijangkau terhadap daging manusia – tidak kira berapa banyak mereka makan, mereka masih lapar. Dan mereka menanti anda di sana.

Sunway Lagoon’s Night of Fright 6

‘PHOBIA: COULROPHOBIA – THE FEAR OF CLOWNS’ menanti mereka yang takut badut. Mereka akan sentiasa berada di dalam fikiran anda. Anda berada di rumah mereka dan hadapi mereka berhadapan. Ramai yang menyatakan bahawa badut sepatutnya membuat anda ketawa. ANDA SALAH! Ia akan menanti anda, dan hanya ada satu sahaja jalan keluar.
Ingin meninggalkan kedinginan menusuk sehingga ke tulang anda, kunjungilah ‘SLAUGHTERHOUSE 13’.

Bekas rumah penyembelihan dan penyediaan daging En Chan ini telah lama ditutup dan ditinggalkan selepas seorang pekerja, Lee Lee Choong menemui jasad manusia tergantung di cangkuk di dalam peti ais di rumah penyembelih itu.

Adakah itu jasad anak yang telah lama hilang, Calvin Chan yang hilang secara misteri beberapa bulan lalu selepas bertengkar dengan ayahnya? Lee Lee Choong tidak pulih sejak kejadian itu dan kini menjaga bangunan usang sepenuh jiwanya.

NIGHTS OF FRIGHT 6 di Sunway Lagoon

Mampukah anda bertahan dan selamat dengan amukan zombie di ‘ZOMBIE ZOO’? Sesuatu telah menyerang hendap ke dalam kandang zoo bawah tanah yang terletak jauh di dalam gunung. Keadaanya tidak terkawal.

Keganasan zombie ini telah membuak buak dan tidak sabar menanti kehadiran anda di zoo yang menakutkan ini.

NIGHTS OF FRIGHT 6 di Sunway Lagoon

Tiada yang lebih menakutkan selain ketakutan dalam diri sendiri. Sertai ‘SCARYTALES THEATER’ untuk beberapa kisah seram yang bakal meremang bulu roma anda. Duduk dan nikmati bingkisan kisah Pontianak, Toyol, Pocong dan banyak lagi diiringi suara – suara mereka menemani anda. Mungkin mereka akan muncul bersemuka dengan anda pada malam itu. Nantikan mereka.

Hantu berkeliaran di New York! Siapa yang anda akan panggil? The ‘GHOSTBUSTERS’ bersedia menangkap hantu hantu membuat kacau di bandar New York yang dikilaukan dengan ukiran labu yang dijadikan tanglung Datang melawat ‘HORRORWOOD STUDIOS WAX MUSEUM OF MONSTERS’ yang menempatkan watak-watak filem yang paling menakutkan sepanjang masa.

Ianya bernyawa dimalam hari dan berbeza dengan muzium yang lain! Jason, Freddy, Billy, Michael Myers dan banyak lagi menunggu kedatangan anda. Tambahkan lagi keresahan anda dengan hadapi ‘GHOST FACE – THE FACE TO MAKE YOU SCREAM IN UV3D’. Bakal megelilingi anda dengan seribu muka dan mimpi ngeri anda menjadi realiti di rumah ini.

Pastikan diri anda tidak terpalit dengan sumpahan dari para penyihir terhebat di zaman ini. Saksikan secara langsung, bagaimana sebuah ‘JAMPI’ dilakukan untuk melaknat musuh musuh mereka. Temui penyihir salem, dukun dan seangkatan denganya berkumat kamit membaca mantra dan melakukan upacara pemujaan.

Bagi mereka yang menganggap kesakitan adalah satu kepuasan, anda dijemput menyaksikan ‘ENCLAVE OF TORTURE’ dimana menempatkan alat – alat penyiksaan pada zaman dahulu.

NOF 6 kembali pada jam 7.30 malam – 11.30 malam setiap hari Jumaat – Ahad dari 28 September hingga 31 Oktober 2018. Tiket dijual pada harga RM69 (harga normal). Untuk maklumat lanjut mengenai Nights of Fright 6, layari sunwaylagoon.com/nof6/

Korang mahu merasai ketakutan ini? Apa kata sertai peraduan di budiey.com untuk menang 2 keping tiket masuk bernilai RM69 setiap satu. KLIK SINI: https://www.budiey.com/peraduan-nights-of-fright-6-sunway-lagoon/

NIGHTS OF FRIGHT 6 di Sunway Lagoon

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Syafeek Ikhwan Harum Nama Malaysia Menang Juara di Pertandingan I-SING WORLD 2018

Elizabeth Tan

Usahasama Warner Music & Alif Martabat URBAN MUSIC