in ,

Syafeek Ikhwan Harum Nama Malaysia Menang Juara di Pertandingan I-SING WORLD 2018

Wow! Pasti ramai yang tak sangke Syafeek dapat menang kan? Sudah tentu selepas ini, nama Syafeek akan mendapat perhatian dan ramai pihak yang buka mata dengan bakat nyanyian yang ada pada beliau.

Tahniah buat Syafeek Ikhwan yang telah berjaya menambat hati juri sekaligus menang tempat pertama di Pertandingan I-SING WORLD 2018 yang diadakan di Paris, Perancis. Pertandingan ini merupakan peringkat akhir di mana seluruh juara peringkat negara berkumpul di sini untuk beradu kekuatan vokal masing-masing.

Wow! Pasti ramai yang tak sangke Syafeek dapat menang kan? Sudah tentu selepas ini, nama Syafeek akan mendapat perhatian dan ramai pihak yang buka mata dengan bakat nyanyian yang ada pada beliau.

Syafeek Juara

Menurut status yang ditulis oleh Syafeek di Instagram milik beliau, @syafeek_ikhwan, beliau merasa sangat sebak di saat lagu NEGARAKU berkumandang di dalam dewan yang sarat dengan warga dari pelbagai negara.

“Syukur ALLAH izinkan saya menjuarai i-sing World 2018. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh juri dan pihak penganjur.” – Syafeek

Nak tengok gak persembahan Syafeek kat sana. Mungkin dah ada di Youtube kot. Cer kita gi cari jap lagi.

Syafeek Juara

Dalam pada itu, Syafeek menganggap kemenangan yang diraih ini adalah untuk negara Malaysia yang mungkin tidak seberapa daripada insan yang tidak disedari bakat beliau.

Sebelum ini, Syafeek Ikhwan telah berjaya dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian I-Sing Malaysia 2018 pada Julai 2018 yang lalu.

Apa-apa, tahniah diucapkan buat Syafeek Ikhwan!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom Offers 100,000 Free Phones For 101 Days!

Nights Of Fright, Sunway Lagoon Kembali Menghantui Anda Untuk Tahun Ke 6