in , ,

Indah Ruhaila Kembali dengan Lagu Terbaharu Berjudul DEMI KAMU

‘DEMI KAMU’ Buah Tangan Terbaharu Indah Ruhaila

Indah Ruhaila bukan nama baharu dalam industri muzik tanah air. Nama beliau telah melonjak naik selepas berjaya bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu 2015. Seterusnya beliau terus melahirkan lagu-lagu dan yang terkini karya terbaru beliau yang bertajuk “Demi Kamu”.

Lagu Demi Kamu ini merupakan hasil tulisan Johan John dan liriknya ditulis oleh Khaleel. Lagu ini menceritakan tentang perasaan kecewa seorang wanita yang ditipu dan dipermainkan sehingga menghantui kekasih lamanya.

Lagu Demi Kamu ini juga menjadi OST kepada drama bersiri bergenre seram, ‘Tahyul’ dan menampilkan pelakon-pelakon muda yang sedang meningkat naik.

Indah Ruhaila

Drama Tahyul kini sedang rancak disiarkan menerusi slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3. Lagu Demi Kamu ini juga sudah boleh didengari di semua digital platform bermula 12 Oktober 2021.

Lirik Lagu DEMI KAMU

Tajuk : Demi Kamu

Artis : Indah Ruhaila

Komposer : John Johan

Lirik : Khaleel

Penerbit : Alternate Records & Talents

Denyut nadiku

Terhenti tanpa relaku

Lesu terkujur aku

Bukan yang ku mahu

Luluh rasa jiwa

Mengingati segala angkara

Yang ku harus terima

Mengapa aku di perguna

Tersakiti teraniaya

Demi kamu

Jawapan ada di balik pilu

Untuk aku

Demi kamu

Ku mahu untuk kau terus jujur

Oh pasti

Demi kamu

Denyut nadiku

Terhenti tanpa ku mahu

Kisah terakhir aku

Beza dari kamu

Luluh rasa jiwa

Mengingati segala angkara

Yang ku harus terima

Mengapa aku di perguna

Tersakiti teraniaya

Demi kamu

Jawapan ada di balik pilu

Untuk aku

Demi kamu

Ku mahu untuk kau terus jujur

Oh pasti

Demi kamu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Seri Vida Terjah Rumah Iqbal Jam 3 Pagi Siap Bawa Cincin

Niezam Zaidi Terima Ucapan Sokongan Artis, Tapi Nasihat Remy Ishak Paling ‘Win’