in , , ,

Netizen Mahu BCL & Ariel Nikah, Tapi Ada Yang Bantah, Sebab Tak Setanding Ashraf Sinclair

Kemesraan di antara penyanyi Bunga Cinta Lestari dan Ariel Noah menerusi lagu kolaborasi mereka berjudul Menghapus Jejakmu ternyata mendapat perhatian netizen. BCL meluahkan rasa teruja diberi peluang untuk bekerjasama dengan Ariel Noah selepas belasan tahun berada di dalam industri.

Hubungan rapat antara penyanyi Bunga Citra Lestari dan Ariel dari kumpulan Noah semakin terserlah setelah mereka berkolaborasi menyanyikan lagu duet berjudul Menghapus Jejakmu. Lagu ini dicipta oeh Ariel semasa popular menerusi kumpulan Peterpan yang kini dah diubah namanya menjadi kumpulan Noah.

Menghapus Jejakmu antaar lagu hit kumpulan Peterpan, selain Mungkin Nanti, dan Kukataan dengan indah.

Ariel Noah Bunga

Kata Ariel, lagu menghapus jejakmu ini pernah cuba diberikan kepada Bunga Citra Lestari namun, ketika itu, ianya telah ditolak oleh Bunga.

Akhirnya, Bunga Citra Lestari kini setuju untuk menyanyikan lagu itu, bersama Ariel, satu projek baru mereka berdua.

Bunga Citra Lestari yang dikenali dengan nama BCL atau dipanggil Unge oleh teman rapat, akui agak teruja untuk berganding dengan Ariel Noah. 

Setelah berbelas tahun lamanya saya ada di dalam industri, ini merupakan kali pertama saya telah beranikan diri untuk berganding dengan Ariel“.

Hati saya amat senang dan gembira bila tahu lagu ini dicalonkan sebagai antara Karya Produksi Kolaborasi Terbaik Ami Awards untuk tahun 2020“.

– Bunga Citra Lestari

Meihat kemesraan antara Bunga dan Ariel ketika menyanyikan lagu ini, ada netizen amat teruja dan mahu melihat mereka berdua bercinta dan menemui jodoh antara sesama mereka.

Ini antara komen dari netizen di laman Ig Bunga Citra Lestari: “Secocok, semoga cepat menikah sama Ariel”.

Ada juga menulis ini: “Tahniah kepada kak Bunga, nampak serasi sangat bersama, semoga ada jodoh diantara kalian berdua”.

Namun ada juga menulis bahawa tak boleh nak bandingkan antara Ariel dengan Asyraf Sinclair, yang mengatakan Asyraff paling best.

Ini balas seorang netizen lain: “Tak sebanding Ariel sama dengan Asraf, Asraf is the best”.

Diketahui hubungan antara Bunga Citra Lestari dengan Ariel sebelum ini memang baik malah Areil berada di sisi Bunga Citra Lestari ketika Bunga kehilangan suaminya, pelakon dari Malaysia, Asyraf Sinclair pada bulan Februari yang lepas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isa Khan & Risteena Munim Terpaksa Tunda Tarikh Nikah Gara-Gara Pandemik Covid-19

Mendepani Covid-19, Sasterawan & Seniman Bersatu Dalam PUISI MAYA