in , ,

Netizen Kecam Editing Drama Teruk, Ayda Jebat Tampil Mohon Maaf

Sebelum ini panas seketika apabila netizen di media sosial mengkritik tahap editing drama, Bukan Gadis Biasa yang dilakonkan oleh Ayda Jebat dan Remy Ishak.

Selain dari segi suntingan, netizen juga mengkritik solekan kesan khas yang digunakan bagi watak opah yang dilakonkan oleh Sheila Rusly dalam drama berkenaan. Enggan menuding jari terhadap mana-mana pihak berikutan dakwaan segelintir pihak proses suntingan drama lakonannya, Bukan Gadis Biasa di tahap teruk, Ayda Jebat tampil memohon maaf kepada semua penonton.

Menyedari kritikan berkenaan, Ayda Jebat sebagai salah satu teraju utama bagi drama berkenaan memohon maaf jika ada penonton yang kurang senang dengan perkara itu. Ayda juga mengakui bahawa penonton sekarang lebih bijak menilai dan melihat kelemahan yang berlaku.

Akasia_ Bukan Gadis Biasa Poster

Ayda berkata, dia mengambil kelemahan itu atas kesilapannya sebagai pelakon kerana sebagai satu pasukan mereka perlu bekerjasama.

“Saya mohon maaf jika ada penonton yang kurang senang dengan perkara itu. Saya akui penonton sekarang semakin bijak dan boleh melihat sendiri kelemahan yang berlaku .

“Saya mohon jangan salahkan editor atau penyunting semata-mata kerana pada pendapat saya, semuanya harus bekerjasama,”

– Ayda Jebat

Ayda menambah agar mana-mana editor dalam drama berkenaan tidak disalahkan semata-mata kerana baginya ini adalah kerjasama semua pihak dalam menjayakan drama berkenaan.

Walaubagaimanapun, Ayda Jebat menzahirkan rasa syukur kerana di sebalik kritikan dan kecaman, drama berkenaan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penonton, masih ada yang mengambil sisi positif drama berkenaan untuk dijadikan iktibar dan pengajaran.

“Saya salahkan diri sendiri. Kadang-kadang, sebagai pelakon, saya terlupa menjaga konti atau kesinambungan lakonan saya.

Sekejap berdiri, sekejap duduk. Kru yang menjaga konti juga mungkin terlepas pandang.

Akhirnya, penyunting pun tak boleh nak buat apa dan mereka harus menyunting drama itu menggunakan visual sedia ada,”

– Ayda Jebat

Menurut Ayda, biarpun drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd itu terpalit beberapa isu, namun ia tetap menerima sambutan baik penonton.

“Alhamdulillah, drama bersiri ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan apabila kekal trending setiap kali bersiaran.

Saya bersyukur kerana masih ramai penonton yang mengambil mesej positif  dalam drama bersiri ini untuk dijadikan teladan dan contoh.

Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang kurang itu datang dari saya sendiri,”

– Ayda Jebat

Sebelum ini, kenyataan pengarah drama ini, Jinggo turut mendapat perhatian netizen.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Beraya di Rumah di Syawal Ini dengan LEBARAN ERA INI

Galaxy Note 20 Series Dijangka Hadir Dengan 16GB RAM