in , ,

Netizen Bongkar Harga Jam Tangan Jutaan Ringgit, Siti Nurhaliza Dipuji Tetap Rendah Diri

Pada hari Ahad lalu, telah berlangsungnya Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang menampilkan koleksi terbaharu pereka fesyen Rizman Ruzaini di Pavilion KL sebagai penutup KLFW 2021 dan telah menyaksikan ramai selebriti hadir bagi memeriahkan acara berkenaan. Antara selebriti yang menjadi tumpuan adalah penyanyi nombor satu negara!

Dato’ Sri Siti Nurhaliza dilihat telah tampil dengan fesyen rekaan Rizman Ruzaini yang sangat elegan dan anggun menggayakan busana berwarna hitam dan putih pada acara berkenaan.

Namun, di media sosial apa yang lebih menjadi bualan ramai apabila penyanyi itu dilihat menggayakan seutas jam tangan yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta. Wow! Mahalnya!

Menerusi satu perkongsian di Twitter, berdasarkan hasil carian oleh seorang netizen Siti Nurhaliza dipercayai memakai jam berjenama Richard Mille RM1.1 juta.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji penyanyi itu tetap merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk kekayaan.

Netizen Bongkar Harga Jam Tangan Jutaan Ringgit, Siti Nurhaliza Dipuji Tetap Rendah Diri

Malah, ada yang mengatakan penyanyi itu sememangnya layak memakai jam berkenaan apatah lagi sudah bertahun-tahun menyanyi dan ianya hasil kerja keras beliau selama ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Ini Keputusan Tinjauan (Survey) Media Prima Audio (MPA) #2 2021

Langganan Instagram Bakal Diperkenalkan, Sebulan Mungkin Bermula RM4.90