in ,

Tahniah! Ini Keputusan Tinjauan (Survey) Media Prima Audio (MPA) #2 2021

Saluran radio MPA yang menyampaikan berita semasa dalam bahasa Malaysia, Buletin FM telah berjaya mengumpul sebanyak 232,000 jumlah pendengar setiap minggu walaupun ia baru sahaja diperkenalkan kepada pendengar dan pasaran pada bulan Ogos lalu.

Media Prima Audio (MPA) ingin mengumumkan keputusan hasil tinjauan (survey) terhadap stesen radionya yang baru sahaja dijenamakan semula menunjukkan jenama yang berada dibawah MPA telah mencapai jumlah lebih 5 Juta pendengar mingguan berdasarkan tinjauan radio komersial GFK kedua untuk tahun 2021, manakala pendengar digital merekodkan pencapaian yang mengagumkan iaitu sebanyak 71 Juta pendengar sepanjang 6 minggu. 

Ini merupakan permulaan yang baik dan mengagumkan buat MPA sebagai sebuah syarikat yang mengetengahkan audio sebagai saluran utama, kerana semua 4 stesen radio – Hot FM, Buletin FM, Fly FM dan 8FM telah dilancarkan ketika pandemik COVID-19 melanda. Hot FM telah mengekalkan kedudukannya sebagai salah sebuah stesen radio terbesar di negara ini dengan 3.7 Juta pendengar setiap minggu di mana berlaku peningkatan sebanyak 30,000 daripada sebelum ini.

Di samping itu juga, berlaku trend peningkatan terhadap jumlah masa mendengar (TSL) di Hot FM dan ia adalah daripada pendengar eksklusif Hot FM. Hot FM turut mengambil inisiatif dengan memperkenalkan gandingan baharu untuk segmen pagi bersama penyampai berpengalaman dalam industri radio iaitu AG dan Fara Fauzana, digandingkan bersama pelawak terkenal,  Fad dan gandingan mereka itu telah diterima baik oleh pendengar. Gabungan ketiga-tiga penyampai ini menunjukkan prospek yang menarik bukan sahaja untuk pendengar malah untuk klien dan rakan kongsi yang ingin melabur di MPA. 

Saluran radio MPA yang menyampaikan berita semasa dalam bahasa Malaysia, Buletin FM telah berjaya mengumpul sebanyak 232,000 jumlah pendengar setiap minggu walaupun ia baru sahaja diperkenalkan kepada pendengar dan pasaran pada bulan Ogos lalu. Konsep berita adalah satu konsep baharu kepada demografi masyarakat Melayu dan MPA menjangkakan ianya akan terus berkembang dengan memberikan kekuatan di masa hadapan untuk terus memacu perbincangan dan berita yang relevan serta selari dengan program berita dan isu semasa terbesar TV3 iaitu Buletin Utama.

Stesen berbahasa Inggeris MPA, Fly FM masih mengekalkan prestasinya dalam landskap pandemik yang sedang melanda ini dan berjaya mengekalkan jumlah melebihi sejuta pendengar walaupun menampilkan gandingan penyampai baharu buat segmen paginya. Dengan sambutan yang positif dan diterima baik oleh klien dan rakan kongsi, MPA sangat teruja untuk melangkah ke tahun 2022 dengan perasaan yang lebih bersemangat.

8FM yang telah dijenamakan semula daripada stesen One FM dan merupanya usaha sama dengan Rangkaian TV berbahasa Cina Media Prima iaitu 8TV. Fokus telah diubah dari segi demografi serta kandungan dan ini merupakan penampilan sulung dalam tinjauan (Survey) kali ini dan 8FM telah berjaya melakukannya dengan baik. Dengan setengah juta pendengar setiap minggu dan jumlah masa pendengar (TSL) yang semakin meningkat daripada 4.39 jam kepada 6.31 jam, di samping mengekalkan jumlah pendengarnya, 8FM menyasarkan untuk menyampaikan lebih banyak kandungan yang lebih baik dan lebih relevan kepada pendengarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, “Kami telah melancarkan ke semua 4 jenama radio pada 2 Ogos lalu dan hanya mempunyai lebih kurang 5 minggu sebelum kami menghadapi survey kempen yang mana ia bermula pada minggu pertama bulan September lalu. Walaubagaimanapun, kami sangat optimistik dengan keputusan ini dan percaya yang kami telah menetapkan asas yang kukuh untuk MPA pada 2021 nanti.”

“MPA yang dijenamakan semula daripada RIPPLE dan telah melancarkan 2 jenama baharu (8FM dan Buletin FM) serta 4 gandingan baharu bagi segmen pagi setiap stesen di tengah-tengah gelombang penularan wabak COVID-19. Dengan pelbagai cabaran dan halangan, kami percaya bahawa pelancaran ini dibuat tepat pada masanya kerana ini akan memberi masa yang cukup untuk stesen kami memulakan sesuatu yang lebih baik untuk tahun 2022, di samping dapat membiasakan penyampai kami ke udara dengan gandingan baharu ini untuk suku pertama tahun depan.  Dengan kelonggaran sekatan yang diberikan oleh pihak kerajaan, pengendalian akan terus meningkat berikutan kami dapat kembali melaksanakan pelbagai kempen berikutan kami dapat kembali kepada pasca-covid dan kami sangat yakin dan optimis untuk melangkah ke tahun 2022. Kami berharap pendengar akan menjangkakan kandungan yang berkualiti dan pastinya akan ada beberapa kejutan buat pendengar pada awal tahun nanti!”

Nazri turut membuat rumusan hasil keputusan yang memberangsangkan radio di bawah MPA. “Secara umum, kami gembira dengan keputusan ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pendengar kami atas setiap sokongan yang berikan. Tidak lupa juga kepada rakan kongsi kami yang telah banyak membantu dan menyokong sejak kami melancarkan penjenamaan baharu ini. 3 bulan lepas telah menyaksikan banyak perubahan berlaku terutama sekali bagaimana klien dan rakan kongsi melihat kami sebagai sebuah syarikah media yang membantu dalam memberi penyelesaian terhadap kempen atau produk mereka. Kami sangat berbangga apabila rakan kongsi dan klien seperti FoodPanda, CSR Sugars Refinery, Celcom, Takaful Ikhlas, PTPTN, Mcdonald’s , Xiaomi Malaysia dan banyak lagi telah menyertai kami untuk melakukan pelbagai kempen dan menaja segmen di stesen kami sejak pelancaran jenama baharu radio MPA. Minggu lepas, kami melakukan aktiviti luar bersama Lotus’s Malaysia, meraikan rakyat Malaysia yang dalam perjalanan untuk berjalan-jalan dan pulang ke kampung masing-masing dengan mengedarkan kit penjagaan diri dan pelbagai barangan eksklusif untuk kegunaan mereka semasa dalam perjalanan. Ini merupakan salah satu usaha yang kami ambil untuk mendekatkan lagi kami dengan pendengar dan komuniti, membantu pada pendengar dengan kerjasama daripada rakan kongsi kami.”

Media Prima Audio menyasarkan untuk menjadi Penyiar Audio No 1 di Malaysia merentas ketiga-tiga bahasa (BM, Inggeris dan Cina) dengan melakukan pelbagai kandungan yang berkualiti dan terbaik untuk diberikan kepada rakyat Malaysia. Syarikat ini dipandu oleh penyelidikan dan analisis terhadap pasaran dan kumpulan sasaran kami. Dengan ini, ianya akan membolehkan kami untuk memahami pendengar dan pengiklan kami serta mengetahui dengan lebih tepat cara untuk melibatkan diri dalam pasaran, memberikan pelbagai maklumat dan seterusnya memberikan hiburan kepada pendengar. Oleh itu, Media Prima Audio mewakili keempat-empat jenama radio – Hot FM, Buletin FM, Fly FM & 8FM. Selain itu, Audio+ juga merupakan sebahagian daripada MPA yang merupakan satu inisiatif digital di mana pendengar boleh mendengarkan ke semua jenama radio MPA kerana aplikasi ini menyokong keempat-empat stesen radio serta podcast dan kandungan menarik yang lain.

MEDIA PRIMA AUDIO

Media Prima Audio menyasarkan untuk menjadi Penyiar Audio No. 1 di Malaysia menerusi ketiga-tiga vernakular (BM, Inggeris dan Cina) dengan menghasilkan kandungan yang terbaik yang sesuai dengan pendengaran rakyat Malaysia. Syarikat juga mendapat panduan daripada penyelidikan dan analisis berkala terhadap pasaran dan kumpulan sasaran kami, yang membolehkan kami untuk memahami kehendak pendengar dan pengiklan serta mengetahui bagaimana untuk melibatkan diri dalam memberikan informasi serta hiburan. Oleh itu, Media Prima Audio mewakili keempat-empat jenama radio dibawahnya – Hot FM, Buletin FM, Fly FM dan 8FM. Audio+ juga merupakan sebahagian daripada syarikat mewakili inisiatif pendengaran digital, di mana aplikasi sehenti ini menyokong keempat-empat stesen radio serta audio siar (podcast) dan kandungan menarik yang lain. 

HOT FM

Hot FM kini merupakan satu pusat untuk pendengar mendapatkan pelbagai hiburan dan maklumat melalui kandungan yang lebih menarik, penceritaan yang lucu dan muzik yang lebih hangat. Dengan slogan baharu, Kini Lebih Muzik Yang Hangat, Hot FM menyasarkan interaksi dengan memfokuskan pendengar utama berusia 24 hingga 35 tahun dengan senarai lagu dan kandungan yang mampu menarik perhatian dan minat mereka. Hot FM sebagai sebuah jenama radio ingin dikenali sebagai sebuah stesen yang menghiburkan, topikal, nyata, terkini dan bertenaga sebagai DNA dalam jenamanya dan berusaha untuk menjadi yang terbaik di luar sana. 

BULETIN FM

Buletin FM membawakan kepada anda berita terkini dan analisis untuk memberikan penjelasan yang tepat dalam berkongsi maklumat, sekali gus memberi perkongsian cerita-cerita positif dan akan memainkan muzik yang dikenali ramai sepanjang hari sejajar dengan slogan barunya, Info Terkini dan Muzik Sepanjang Zaman. Menyasarkan pendengar yang luas berusia 30 hingga 39 tahun sebagai pendengar sasaran, Buletin FM pastinya akan menjadi sebuah jenama yang dikenali oleh pendengarnya sebagai sebuah stesen yang memberikan informasi yang terkini, boleh dipercayai, relevan, nyata dan positif.

FLY FM

Fly FM serba baharu, kini bersama Douglas Lim & Juanita di pagi hari dan Muzik yang ANDA perlukan sepanjang hari menyasarkan untuk menghiburkan dan memberi informasi kepada rakyat Malaysia melalui komedi lucu, penceritaan yang berkualiti, kandungan menarik dan memainkan muzik yang dikenali sepanjang hari.  Dengan menyasarkan pendengar berusia 25 hingga 34 tahun sebagai pendengar utamanya, Fly FM mempunyai objektif untuk menjadi sebuah stesen radio yang memberikan komedi, dikenali, memberi idea baru yang popular pada masa kini, topikal dan dapat dihubungkan dengan sesuatu yang relevan serta nyata. 

8FM

8FM dengan slogan, Dengarkan muzik yang terbaik, Jalani kehidupan yang berkualiti, mempunyai objektif untuk memberikan hiburan dan informasi kepada masyarakat Cina menerusi penceritaan yang berkualiti, kandungan yang positif dan menarik serta muzik yang dikenali sepanjang hari. Dengan memberi fokus kepada sasaran pendengar yang berusia 30 hingga 35 tahun, 8FM berusaha untuk menjadi sebuah stesen yang relevan, memberi fokus kepada golongan komuniti sasar, topikal, berinformasi dan sentiasa positif.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zarul Umbrella Red | 17

Lakonan Terbaharu Zarul Husin Dalam Drama Bersiri PELANGI HATI di TV Okey

Siti Nurhaliza 1 | 18

Netizen Bongkar Harga Jam Tangan Jutaan Ringgit, Siti Nurhaliza Dipuji Tetap Rendah Diri