in , ,

Langganan Instagram Bakal Diperkenalkan, Sebulan Mungkin Bermula RM4.90

Instagram dilaporkan sedang bereksperimen dengan ciri IG Stories berbayar. Di mana hanya pengguna yang melanggan ke seseorang pencipta sahaja dapat lihat IG Stories mereka. Sanggupkah anda sebagai pengguna untuk membayar dengan bayaran tersebut?

Instagram sejak kebelakangan ini semakin fokus ke dalam segmen video, bersaing sengit dengan TikTok. Dua orang boleh berkolaborasi bersama, video dimuat naik terus dari desktop mudah untuk pencipta kandungan lebih pro, dan menggabungkan dua platform video mereka menjadi Instagram Video.

Tidak lupa juga yang Instagram turut dilaporkan sedang bereksperimen dengan ciri IG Stories berbayar. Di mana hanya pengguna yang melanggan ke seseorang pencipta sahaja dapat lihat IG Stories mereka. Terkini, mereka dilihat sudah bersedia dengan memperkenalkan pelan langganan tersendiri.

Instagram Subscription Bakal Diperkenalkan, Sebulan Mungkin Bermula RM4.90

Pada deskripsi aplikasi Instagram di App Store, kemaskini terkini mula memaparkan Pembelian In-App dengan senarai Instagram Badge pada harga RM3.90-RM19.90 atau Instagram Subscription (1 Bulan) yang berharga RM4.90. Walau bagaimanapun, tiada butiran mengenai pelan langganan ini disertakan.

Ia kemungkinan besar adalah untuk pengguna langgan kepada pencipta kandungan tertentu, konsep melanggan saluran pada platform penstriman video. Jadi apajua kandugan, hanya mereka yang berbayar sahaja dapat lihat. Atau boleh jadi, ia adalah langganan untuk alatan suntingan tambahan yang lebih pro?

Sama-sama kita nantikan Instagram umum lebih lanjut mengenai hal ini.

Sumber: Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen Bongkar Harga Jam Tangan Jutaan Ringgit, Siti Nurhaliza Dipuji Tetap Rendah Diri

Jangan Lupa Tonton Siaran Langsung Konsert Ed Sheeran Secara Eksklusif di JOOX