in

Netflix untuk pelanggan Unifi & webe Mulai Oktober 2017

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) bakal menawarkan perkhidmatan strim, Netflix kepada pelanggannya bermula Oktober 2017 ini.

Netflix ialah rangkaian televisyen Internet terkemuka di dunia yang menawarkan pelbagai pilihan program TV terbitan mereka sendiri termasuk filem dan dokumentari.

Naib Presiden Eksekutif, Media Baru TM, Jeremy Kung,berkata rakyat Malaysia akan dapat mengakses kandungan dengan akses Internet berkelajuan tinggi yang dikuasakan oleh UniFi.

Pelanggan TM yang melanggan perkhidmatan ini boleh menikmati tontonan tanpa had bagi kandungan termasuk siri yang pernah memenangi anugerah seperti House of Cards, The Crown dan Stranger Things.

“Selain itu, pelanggan data mudah alih perkhidmatan TM , webe pun dapat menonton filem atau program kegemaran Netflix menerusi pelbagai peranti mengikut keselesaan mereka – ketika di rumah, di luar rumah, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kempen Negaraku #kitasama meraihkan Hari Kebangsaan yang ke-60

Elizabeth Tan Lancar Single DARLING