in

Kempen Negaraku #kitasama meraihkan Hari Kebangsaan yang ke-60

Inisiatif Astro menerusi Kempen Negaraku 2017 meraikan sambutan hari kebangsaan yang ke-60 dengan mengangkat kisah rakyat Malaysia termasuk datuk dan nenek, ibu bapa, sahabat handai ataupun kenalan yang telah menyumbang kepada kemakmuran negara Malaysia sehinga kini.

Directors, Talents, Astro COO

Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata,

“Menerusi Kempen Negaraku, kami ingin menghargai jasa wira-wira tidak didendang – yang terdiri daripada rakyat biasa seperti jururawat, pelombong, penoreh getah, guru, buruh binaan – yang telah berbakti kepada negara tanpa mengharapkan sebarang balasan sepanjang tempoh enam dekad ini.”

“Astro ingin menjemput kesemua rakyat Malaysia dengan latar belakang yang berbeza untuk berkongsi kisah mereka dengan menghantarkannya ke www.astro.com.my/kitasamahero. Menerusi pautan di laman sesawang ini, sesiapa sahaja boleh mengetahui cerita di sebalik kepelbagaian, ketabahan dan rasa cinta kepada negara menerusi pelbagai kisah menarik yang dikongsi bersama.”

Directors, Talents, Astro COO

Untuk tahun ini, para penonton boleh menikmati 40 buah program baharu beserta lebih 90 buah program bertemakan Malaysia yang turut boleh didapati menerusi perkhidmatan on demand, aplikasi Astro GO dan NJOI Now. Antara program-program tersebut termasuklah:

• Anak Merdeka, sebuah drama mini bersiri 6 episod tentang keunikan sejarah Malaysia yang bakal mengimbau kembali perjuangan dan pengorbanan anak bangsa menuntut kemerdekaan sepanjang tempoh 6 dekad;

• Road To Nationhood: Formation Of Malaysia (Part 2), sebuah dokumentari bersejarah dari tahun 1957 hingga 1965;

• #theblackhawkdown (Wira Keamanan), sebuah kisah mengenai pejuang wira perang Malaysia yang tidak pernah diceritakan;

• Surviving Borneo, menceritakan tentang suku kaum yang paling kental di Borneo;

• Di Puncak Dunia (Extra Ordinary) Malaysians, sebuah siri yang menampilkan kisah rakyat Malaysia yang luar biasa, yang telah mengharumkan nama negara di persada dunia;

• Sixty, berkisarkan pengalaman peribadi 60 individu sepanjang perjalanan dan jerih perih yang mereka lalui untuk menyumbang kepada pembangunan negara

Program-program ini bakal disiarkan bermula pertengahan bulan Ogos hingga Hari Malaysia pada 16 September 2017 untuk tontonan semua.

Sila rujuk lampiran untuk butiran lengkap mengenai sinopsis program dan tarikh/masa siaran.
Sempena Hari Kebangsaan yang ke-60 ini, Malaysia merupakan tuan rumah untuk salah satu acara sukan terkemuka di rantau Asia, Sukan SEA ke-29 (KL 2017).

Sejurus dengan itu, Astro berbesar hati untuk menjadi penyiar rasmi KL2017, selain menyediakan empat saluran HD pada saluran 802, 803, 804 dan 805 melalui Astro TV dan NJOI TV.

Tambahan, platform digital Astro akan membawakan empat saluran eksklusif di Astro GO dan NJOI Now, percuma untuk semua rakyat Malaysia menonton di komputer riba dan peranti mudah alih.

Ini membawakan sebanyak lapan saluran untuk rakyat Malaysia menikmati acara SUKAN SEA ke-29. Untuk sebarang keterangan lanjut mengenai Kempen Negaraku #kitasamahero sila layari www.astro.com.my/kitasamahero

Directors and Astro COO

Emile Guertin, Executive Producer, Surviving Borneo

Ahmad Yazid, Director, Road to Nationhood - Formation of Malaysia (Part 2)

Anak Merdeka Talents - Thanuja, Elvis Chin, Sarah Lian

Basir Siswo, Director, Di Puncak Dunia

Matt Lai, Director, Anak Merdeka - Ep. 3

Shamyl Othman, Director, Anak Merdeka - Ep. 4

Talents - Anak Merdeka and Di Puncak Dunia

Anak Merdeka - Episode 6 (1)

Anak Merdeka - Episode 2 (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem THE NUT JOB 2 dari Kaca Mata Penonton

Netflix untuk pelanggan Unifi & webe Mulai Oktober 2017