in ,

Elizabeth Tan Lancar Single DARLING

Elizabeth Tan Su Mei atau lebih mesra dengan panggilan nama Lizzy seorang model, pelakon, dan penyanyi. Pada tahun 2014, beliau telah memuat naik video cover lagu ‘Havoc’ yang dipopularkan oleh Joe Flizzow feat.

Altimet dan SonaOne di Youtube, lalu video tersebut menjadi viral dan mendapat tontonan sebanyak 1.7 juta, lantas dia dihubungi oleh banyak syarikat rakaman bagi menjadikannya seorang artis rakaman.

Elizabeth Tan Lancar Single DARLING

Kemudian, pada tahun yang sama juga beliau mendapat peluang untuk merakamkan single pertamanya berjudul Knock-Knock, dan lagu tersebut telah merangkul pelbagai anugerah dan antaranya Anugerah Planet Muzik (APM) pada tahun 2015 sebagai artist wanita baru terbaik.

Seterusnya, beliau muncul pula dengan lagu Setia nyanyian duet bersama Faizal Tahir dan diikuti dengan lagu Tabah. Ternyata setiap single yang beliau keluarkan sentiasa mendapat tempat di hati pendengar.

Kini, Lizzy muncul pula dengan single terbaru berjudul ‘Darling’. Sebuah lagu ciptaan beliau sendiri di mana ia hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja untuk menulis lirik serta melodinya. Manakala, producer atau penerbit bagi lagu ini oleh Bo Amir Iqram.

Lagu ini mengisahkan tentang seorang gadis yang sentiasa berusaha untuk memikat hati seorang jejaka yang jual mahal untuk jatuh cinta. Lagu ini menjadi lagu OST bagi drama bersiri 20 episod terbitan Skop Productions Sdn Bhd berjudul ‘My Darling Inspektor Daniel’ yang dibintangi oleh barisan pelakon popular tanah air Aaron Aziz, Era Fazira, Siti Elizad serta Elizabeth Tan.

Teristimewa buat peminat Elizabeth Tan, lagu ‘Darling’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun dan distrim disemua digital platform seperti Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox.

Ini pula pautan bagi lagu ‘Darling’: https://wmm.lnk.to/darlingET

Elizabeth Tan Lancar Single DARLING

Elizabeth Tan Lancar Single DARLING

Elizabeth Tan Lancar Single DARLING

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix untuk pelanggan Unifi & webe Mulai Oktober 2017

Fikry Ibrahim Jawab Kontroversi Cuba Tumpang Populariti Fattah Amin