in , ,

NAWHKI Meratapi Kehilangan Insan Tersayang dalam Single T-ADA

Nawhki atau lebih dikenali sebagai Ikhwan Rosli adalah seorang dj radio, pelakon tv, host tv dan juga penyanyi rap yang tidak asing lagi di dalam industry hiburan Malaysia dan Singapura.

Pelakon yang terkenal dengan drama siri hit bertajuk “BONG” itu juga pernah muncul dalam single kumpulan “DYNDA” sebagai penyanyi penampilan dengan nyanyian rapnya, pada tahun 2010.

Pada 2014, dia telah diundang oleh penerbit Aiyad Sakti, untuk melahirkan single ciptaan Jamiel Said dan Aiyad Sakti, bertajuk “PERCAYA”. Single ini telah mengundang collaborasi Bersama Didi Astillah sebagai penyanyi penampil pada lagu itu. Lagu yang berentak santai bossanova itu kurang mendapat promosi disebabkan komitment Ikhwan sebagai dj radio dan host tv banyak memerlukan fokusnya.

Nawhki-Ikhwan

2017 pula adalah tahun yang bermakna bagi Ikhwan, setelah dia berazam untuk focus kepada lakonan dan meninggalkan tugasnya sebagai dj radio yang dilaluinya sepanjang 12 tahun. Dalam kembara kerjayanya sedang memuncak, covid 19 mula menggegar dunia dan merubah kehidupan manusia.

Di hujung 2019, Malaysia mula kehilangan pemuzik-pemuzik tersohor negara satu persatu. Keadaan itu mula mengganggu emosi ramai penggiat muzik tanahair, termasuklah Aiyad Sakti yang agak rapat dengan diantara arwah-arwah yang telah pergi. Lagu “T-ADA” telah dimulakan oleh Aiyad Sakti, Luke Hakeem, namun masih tidak dapat menggagahkan diri untuk meneruskan.

Nawhki-Ikhwan

Hinggalah kemunculan Ikhwan di studio, membawa Adib, anak saudaranya, bakat yang bakal diketengahkan. Namun Adib pun telah meninggalkan mereka akibat kemalangan, dan Ikhwan telah menerima tanggungjawab untuk menyampaikan lagu ini secara solo, dan meluahkan isi hatinya dalam kata-kata rap.

Kini lahirlah sebuah karya baru bertajuk “T-ADA” yang disampaikan oleh Nawhki sebagai dendangan buat semua dan juga kenangan kepada semua arwah sahabat dan kenalan. Lagu ini karangan Aiyad Sakti, Luke Hakeem, Jason How, dan liriknya karangan Aiyad Sakti dan Nawhki. Lagu ini juga boleh didapati di semua platform digital, ringtone dan youtube. “T-ADA” telah dilancarkan pada 9hb June 2021.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nordiana | 23

DEMAM 90an Suria Mahu Bantu Artis Tahun 90an Berniaga Ketika PKP

Nadzmi Adhwa | 24

Berhibur Bersama B.T.S. (Bujang. Tampan. Selamba) & Seram Tak Seram di TV9