in ,

DEMAM 90an Suria Mahu Bantu Artis Tahun 90an Berniaga Ketika PKP

Diatas sambutan yang menggalakkan menerusi media sosial dan juga pertambahan pendengar menerusi aplikasi Suria Malaysia, minggu Demam 90an Suria akan diteruskan seminggu lagi bermula 28 Jun hingga 2 Julai ini.

Pengisian yang sedikit berbeza daripada minggu lepas, minggu ini Demam 90an Suria akan memutarkan seleksi lagu 90an mengikut tema setiap hari seperti contoh lagu-lagu 90an yang diterbitkan pada tahun yang sama dan juga lagu-lagu 90an yang mempunyai tajuk berkaitan dengan nama wanita.

Pada malamnya, dengarkan dan saksikan temubual istimewa bersama penyampai Suria dan artis popular 90an tanah air seperti Siti Nordiana, Achong Sweet Child, Azza Elite, Shafie Rio dan Zarul Umbrella menerusi siaran langsung IG Suria Malaysia setiap hari pada jam 9.00 malam.

Demam 90An Suria 28 Jun - 2 Julai

Selain daripada mendapatkan perkembangan terkini dan juga berkongsi memori tahun 90an bersama artis jemputan, temubual ini juga akan memberi ruang kepada artis-artis tersebut berkongsi mengenai perniagaan milik mereka yang dijalankan atas talian ketika tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Dengarkan lagu popular yang menggamit memori anda dan berkongsi lagu 90an pilihan serta nostalgia disebalik lagu tersebut menerusi segmen khas Team Pagi Suria iaitu ‘Memori 90 Suria’ setiap hari pada jam 9.30 pagi dengan menghubungi talian Suria FM di 03- 77242115.

Kekal dirumah dan tetap berhibur dengan Suria Malaysia dengan memuat turun dan melanggan aplikasi Suria Malaysia di App Store dan Google Playstore. Untuk maklumat lanjut, layari laman web suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Budiey | 23

Habiskan Masa Seharian di Daerah Sabak Bernam, Selangor! Apa Yang Menarik?

Nawhki Ikhwan | 24

NAWHKI Meratapi Kehilangan Insan Tersayang dalam Single T-ADA