in , ,

Berhibur Bersama B.T.S. (Bujang. Tampan. Selamba) & Seram Tak Seram di TV9

Dua Program Baharu Yang Pasti Membuatkan Anda Tidak Kering Gusi

Mungkinkah kekecohan akan berlaku apabila tiga lelaki bujang yang berlainan perwatakan duduk serumah? Ingin dengarkan kisah seram yang disimpan di sebalik koleksi barang-barang antik yang dijual oleh Sheikh Tahlul? Marilah bersantai bersama ahli keluarga pada waktu malam dan berhibur dengan dua program komedi baharu di TV9, B.T.S. (Bujang. Tampan. Selamba) pada setiap hari Rabu, 9.30 malam dan Seram Tak Seram pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam. Anda juga boleh menonton program TV9 di myFreeview CH109, Astro CH149, unifi CH109, tonton LIVE TV dan XTRA Live TV.

poster bts

B.T.S. (Bujang. Tampan. Selamba) terbitan FZ Studios Sdn. Bhd menampilkan Cik Man, Bell Ngasri dan Hafidz Roshdi sebagai gandingan utama. Drama sitkom 13 episod ini memaparkan tema yang berbeza untuk setiap episod dengan artis-artis jemputan seperti Ebby Yus, Atu Zero, Razak Ahmad, Anas Ridzuan, Rosnah Mat Aris, Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana, Shuk Sahar, Aishah Azman, Sharif Zero, Kamarul Eqifshah, Kak Girl dan Lia Natalia. 

Ustaz (Cik Man), Tommy (Bell Ngasri) dan Razak (Hafidz Roshdi) ialah tiga orang bujang yang tinggal di sebuah rumah sewa kepunyaan Malik (Ebby Yus) di Kuala Lumpur. Masing-masing mempunyai latar belakang yang berbeza dan cuba untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain. Walaupun begitu, mereka tetap setia tinggal bersama dan menjadi kawan baik. 

Ustaz seorang yang peramah, senang terhibur dan disenangi ramai. Dia bekerja sebagai seorang guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam di sekolah menengah. Ustaz mementingkan ilmu agama dan sentiasa menegur kesilapan Tommy dan Razak dengan memberi tazkirah, terjemahan hadis serta mengaji dan mengajar tajwid secara tiba-tiba dan kadang kala membuat mereka tertekan. 

Tommy seorang yang lurus bendul, kelam kabut dan suka cakap merapu. Dia bekerja sebagai seorang juruteknik tetapi tidak mahir membuat kerja-kerja pendawaian elektrik. Dia juga sering dimarahi kerana suka buat sepah. Tommy mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan sentiasa ingin memberi bantuan walaupun situasi selalu bertukar menjadi lebih menyusahkan.

Razak pula seorang yang sangat mementingkan penampilan diri dan menganggap dirinya sangat kacak. Dia bekerja sebagai seorang jurujual kerana pandai bercakap dan sentiasa bermulut manis dalam kalangan wanita. Namun, Razak juga seorang ‘kaki cucuk’ dan suka membesarkan keadaan. 

Poster Seram Tak Seram

Seram Tak Seram terbitan Nafalia Corporation Sdn. Bhd. adalah sebuah drama komedi seram yang mengisahkan tentang kisah di sebalik koleksi barang-barang antik yang dijual oleh seorang pemilik kedai bernama Sheikh Tahlul. Drama 13 episod ini menampilkan Jiggy Masin sebagai Sheikh Tahlul dan diserikan dengan pelakon-pelakon handalan seperti Adam Corrie, Joey Daud, Didie Alias, Liza Abdullah, Afifah Nasir, Mia Nasir, Acong Sweetchild, Nasz Sally, Qazem Nor, Zarul Umbrella, Den Wahab  dan ramai lagi.

Kita sering kedengaran barangan antik menyimpan kisah atau rahsia tentang bekas tuannya. Sama ada ia adalah perkara mistik atau hanya satu kebetulan, barangan antik sering dikaitkan dengan cerita seram yang menakutkan orang. Seram Tak Seram akan memaparkan pelbagai kisah misteri di sebalik barangan antik iaitu kereta, lampu suluh, telefon, pedang, topeng, radio, cincin emas batu delima, anak patung, basikal tua, seruling, kunci, mangkuk tingkat dan seterika antik. 

Episod 1 mengisahkan Ah Meng yang bekerja sebagai seorang pembeli dan penjual kereta antik. Dia ingin membeli sebuah kereta antik daripada Kamil tetapi Kamil berat hati untuk menjualnya. Pelbagai cara Ah Meng lakukan untuk mendapatkan kereta tersebut kerana ada sesuatu yang misteri tentang kereta tersebut. 

Episod 2 pula memaparkan kisah misteri sebuah lampu suluh. Dr. Sofia tidak percaya kepada perkara misteri atau benda yang dia tidak nampak. Pada suatu hari, seorang peguam bernama Narodi menghubunginya untuk memberitahu yang dia telah mewarisi harta pusaka daripada keturunan yang tidak dikenalinya. Salah satu harta pusaka tersebut merupakan sebuah lampu suluh yang dikatakan boleh mengubah paras rupa seseorang jika tersuluh ke wajah.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang B.T.S. (Bujang. Tampan. Selamba) dan Seram Tak Seram? Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton B.T.S. (Bujang. Tampan. Selamba) pada setiap hari Rabu, pukul 9.30 malam dan Seram Tak Seram pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam. Anda juga boleh menonton program TV9 di  myFreeview CH109, Astro CH149, unifi CH109, tonton LIVE TV dan XTRA Live TV.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter @TV9Malaysia 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NAWHKI Meratapi Kehilangan Insan Tersayang dalam Single T-ADA

Ramai Kata PKP Akan Tamat, Sekali PM Cakap Sekarang Ini Kita Tak Sebut PKP Dah!