in ,

Astro Siar Drama Terhebat Tempatan, Hollywood & Korea Menerusi ‘Binge-athon’

Sekarang Dah Boleh Strim ‘Gossip Girl’, ‘Penthouse 3’, ‘Framing Britney Spears’, ‘Voice 4’, dan banyak lagi

Pelanggan Astro boleh menikmati pelbagai filem dan drama tempatan, Hollywood dan Korea kegemaran masing-masing di Astro, On Demand dan Astro GO, serta terus kekal selamat di rumah. 

ASTRO

• Peminat boleh strim dan tonton secara ‘binge-watch’ pelbagai seleksi program menarik seperti yang berikut: 

o Siri drama Korea yang mencetuskan fenomena, ‘Penthouse 3’, yang menyaksikan kehadiran idola popular Korea seperti Eugene, Kim So Yeon, Lee Ji Ah, Uhm Ki Joon, dan ramai lagi. 

o Drama siri jenayah popular Korea, ‘Voice 4’, yang dilakonkan oleh Lee Ha-na, Song Seung-heon dan ramai lagi. 

o Siri adaptasi popular Indonesia, ‘Pretty Little Liars,’ yang dilakonkan oleh pelakon popular Malaysia, Eyka Farhana; digandingkan bersama bintang-bintang Indonesia seperti Anya Geraldine, Yuki Kato, Valerie Thomas, Shindy Huang dan ramai lagi. 

o Drama tempatan kegemaran seisi keluarga, ‘Ahli Bapak-Bapak Club’, siri terbitan Gempak Original yang membariskan pelakon sensasi seperti Aiman Hakim Ridza, Shiqin Kamal, Uyaina Arshad, Luqman Hafidz, dan ramai lagi. 

o Drama siri popular yang dibuat kembali atau ‘remake’, ‘Gossip Girl’, menampilkan barisan artis baharu termasuklah Jordan Alexander, Eli Brown, Thomas Doherty, dan ramai lagi. 

o ‘DC Legends of Tomorrow’, siri Hollywood bergenre ‘sci-fi’ yang diinspirasikan dari karakter DC Comics, membariskan pelakon seperti Caity Lotz, Nick Zano, Tala Ashe, Franz Drameh, dan ramai lagi. 

o ‘Framing Britney Spears’, dokumentari filem televisyen 2021, yang membongkar kisah hidup selebriti popular dunia, Britney Spears dan pengalaman beliau melalui fasa konservatori. 

o Filem komedi-drama, ‘Let Them All Talk’, yang menyaksikan penglibatan pelakon tersohor yang kerap mendominasi anugerah-anugerah terhebat, Meryl Streep, Dianne Wiest, Gemma Chan, Candice Bergen dan ramai lagi. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Angkara #PukauChallengeDance Netizen Mengamuk

Tinggal Tiga Ahli, OUTBREAK Terus Mengorak Langkah Lancar Single INFINITI