in ,

Natasha Hudson Pelakon Tipu Kanan Tipu Kiri Hamil 4 Bulan

Sebenarnya dah banyak kali Budiey terserempak dengan pelakon yang memiliki wajah eksotik kacukan Melayu – Anglo-Australia, Natasha Hudson yang dulu pernah meletop dengan gossip-gossip panas. Pertama kali jumpa model hot yang kini dah bergelar isteri ini, masa Budiey menghadiri majlis pra tonton filem Chermin pada 15 Mac 2007 di One Utama. Masa tu, berat mulut nak menegur tapi masa post party Anugerah Skrin ketika Budiey menghampiri Natasha untuk bergambar… dengan mesra dan senyum manisnya pelakon utama filem Chermin ini menegur saya…

Natasha: “Awak ni dari Budiey.com, kan?” (Natasha pronounce: badi dot com. Huhu…)

Dalam hati Budiey masa tu berkata…“Alamak, kantoi… huhu.”

Budiey: “Macamana boleh cam saya ni?”

Natasha: “Saya selalu masuk blog awak tu. Tiap-tiap hari mesti masuk baca…”

Budiey: “Oh ye ke… thank you, thank you.”

Buat lidah gue langsung kelu lepas tu…

Keesokan harinya, Natasha add Budiey punya Facebook. Huhu… First time ada pelakon hot yang mahu add profile Budiey di Facebook mahupun di Myspace. Huhu… itu menandakan Natasha ni sebenarnya tidaklah sombong seperti yang diperkatakan.

Budiey sempat berbalas email dengan Natasha dan bertanyakan tentang khabar dan berita terkini. Rupa-rupanya Natasha sekarang dah hamil 4 bulan. Kata Natasha lagi:

Well my latest news is I’m 4 months pregnant. So I am kinda resting from work right now. It’s so hard to get good films coming your way, as in good films do’nt come everyday. I always try to make sure any new role I take has a different character, genre & also always challenging, & my next film tipu kanan tipu kiri will be out next year…. bulan apa tak sure lagi.

Mmm… tak sabar nak tengok gambar baby dia. Mesti cute dan comel, kan?

Ni dia gambar Natasha masa Red Karpet Anugerah Skrin 2007. Rasanya fesyen ni pernah digayakan oleh Angelina Jolie. Mmm…Ada macam Angelina Jolie tak?

natasha hudson

[tags]natasha hudson, profile natasha hudson, chermin review, dvd, gossip natasha, natasha wedding, anglo australian, angelina jolie, facebook.com, myspace natasha, facebook artis[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elly Suriati Yang Meletop!

Konsert Jelajah Dewa 19 Duet Ella, Rabbani, Sheila Majid & Mulan