in , ,

Natasha Hudson & Datuk Shahrin Zahari Berkahwin 4 Ogos?

Gosip atau khabar-khabar angin Natasha Hudson yang kononnya akan berkahwin pada 4 Ogos ini tersebar luar di internet. Samada betul atau tidak, berita ini tidaklah menghairankan saya.

Mulut orang memang boleh kata apa sahaja. Sebelum ini, Natasha pernah dikatakan akan berkahwin pada 7 Julai 2007 (7-7-2007). Tetapi pelakon filem Chermin ini telah menafikannya. Gosip boleh menaikkan nama selebriti namun, sekiranya tidak berhati-hati, boleh menjatuhkan artis itu sendiri.

543834592 50A24B9775 O | 4

Model terkenal Natasha Hudson akan mengakhiri zaman jandanya dengan memilih ahli politik dan perniagaan Datuk Shahrin Zahari sebagai teman hidupnya. Shahrin berusia 31 tahun ini merupakan anak sulung kepada arwah Datuk Zahari, antara pemegang saham terbesar syarikat yang terlibat dengan industri minyak negara Ranhill Berhad.

Shahrin ini juga merupakan AJK Putera Umno dan telah mendapat Pingat Cemerlang Melaka yang membawa gelaran Datuk pada hari keputeraan Gabenor Melaka Tun Khalil Yaakob, tahun lepas.

Shahrin merupakan CEO Verti Global Berhad, dan merupakan jejaka idaman ramai artis dan model terkenal tanahair. Natasha sendiri khabarnya minta cerai kerana lakinya itu tidak berduit, tidak bekerja dan yang lebih utama kerana dia terpikat dengan mamat kaya bernama Shahrin ini.

Shahrin dan Natasha yang kononnya ditangkap berdua-duaan oleh bekas suami dan bekas ibu mertuanya sendiri. Tapi itu cerita lama, entah betul, entah tidak, yang pasti, sekarang ini, AJK Putera Umno bernama Shahrin dan model yang juga janda hangat, Natasha akan berkahwin. Majlis resepsi mereka nanti akan diadakan di banglo kolonial tinggalan penjajah, Carcosa Seri Negara pada 4 Ogos ini.

Apapun, kepada Datuk Shahrin dan Natasha selamat pengantin baru.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maya Karin | 22

Jemputan ke Gathering Sensasi Selebriti Menonton Filem WARIS JARI HANTU

Fesyen Trending | 23

Nurul AF2 Dalam Teater BAIK GILA