in ,

Nasihat Perjalanan AirAsia: Maklumat Terkini Elaun Bagasi Kabin

Berikutan pembukaan semula penerbangan, AirAsia telah mengemas kini elaun bagasi kabin berkuatkuasa 7 Julai 2020, di mana para tetamu kini dibenarkan membawa dua (2) bagasi kabin yang berat keseluruhan tidak melebihi 7kg.

Para tetamu kini dibenarkan membawa satu (1) beg kabin bersaiz tidak melebihi 56cm (Ketinggian) x 36cm (Lebar) x 23cm (Panjang) atau ukuran maksimum 115cm dan muat untuk disimpan di ruangan simpanan atas dalam kabin pesawat, DAN satu (1) beg komputer riba atau satu (1) beg kecil tidak melebihi 40cm (Ketinggian) x 30cm (Lebar) x 10cm (Panjang) atau ukuran maksimum 80cm dan pastikan beg ini boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan anda. 

Nasihat Perjalanan AirAsia: Maklumat terkini Elaun Bagasi Kabin

Untuk maklumat terbaharu bagi elaun bagasi kabin, sila klik di sini.

Para tetamu yang ingin membawa bagasi kabin lebih daripada had elaun tersebut dinasihatkan untuk membuat pra-tempahan elaun bagasi sebelum penerbangan. Pembelian bagasi atau naik taraf boleh dilakukan melalui airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia sehingga 4 jam sebelum waktu penerbangan. 

Di AirAsia, kesihatan dan keselamatan para tetamu adalah keutamaan kami. Para tetamu disarankan untuk tiba lebih awal di lapangan terbang, sekurangnya 3 jam sebelum perlepasan bagi memastikan masa yang mencukupi untuk melalui semua proses perlepasan.  

Selain mematuhi nasihat dan peraturan dari kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan, AirAsia juga telah menyediakan prosedur tanpa sentuhan dan perkenalkan siri langkah keselamatan baharu, termasuk kepada mereka yang berisiko tinggi bagi memastikan keselamatan semua para tetamu.

Sila layari pautan ini untuk mengetahui semua inisiatif yang telah diterapkan oleh AirAsia bagi memastikan penerbangan kekal selamat untuk semua.    

Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia),  Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kucaimars Lancar Single MUDAH BAGIMU Abadikan Kisah Cinta Pertama

ANGKARA Siti Nordiana, Video Muzik Lagu Jadi Drama Pendek