in , ,

Kucaimars Lancar Single MUDAH BAGIMU Abadikan Kisah Cinta Pertama

Meletakkan pertaruhan single ketiga, Mudah Bagimu, Kucaimars mengabadikan kisah cinta pertamanya dalam karya berkenaan.

Single Mudah Bagimu ciptaan Kucaimars bersama Rudy Nastia dan Leo Azman dilancarkan pada 3 Julai lalu. Ia adalah karya yang dicipta Kucaimars sejak 2018, namun disusun semula dua komposer berkenaan, tahun lalu. Kucaimars atau nama sebenarnya, Amirul Husyairi Nani berkata, single Mudah Bagimu hanya berjaya dilancarkan tahun ini biarpun sudah dicipta sejak dua tahun lalu.

“Awalnya, saya belum sedia melancarkan single Mudah Bagimu. Saya percaya inilah masa yang sesuai untuk diperdengarkan.

“Single ini adalah luahan pengalaman cinta saya yang pernah berdepan dengan kecurangan insan paling disayangi.

Ia memori cinta pertama saya ketika berusia 18 tahun ketika menuntut di sebuah universiti.

“Ketika saya mula fokus pengajian, bekas kekasih mula bersifat acuh tak acuh. Dia sudah jarang menghantar mesej dan menghubungi saya,”

– Kucaimars

Rentetan sikap bekas kekasihnya itu, Kucaimars mula mengesyaki sesuatu dan timbul rasa curiga.

“Dipendekkan cerita, saya dapat memeriksa telefon bimbitnya. Rupanya, dia ada menghantar mesej kepada lelaki lain.

“Tak dinafikan, memang ramai yang mahu mendekati bekas kekasih. Dengan apa yang dilakukannya, saya sudah mula tak kisah,” katanya.

– Kucaimars

Tambah Kucaimars lagi, pengalaman itu mematangkannya dan lebih berhati-hati.

“Saya percaya lebih ramai gadis yang baik. Sejak itu, saya tidak mahu terlalu memandang rupa paras kerana ia bukan jaminan mencerminkan hati seseorang.

“Ketika ini, ibu menjadi juara di hati kerana dia cukup sempurna sebagai wanita,” katanya.

– Kucaimars

Sementara itu, Pengurus Bahagian Domestik Warner Music Malaysia, Shah Shamshiri berharap, single berkenaan akan memikat hati peminat.

“Kami gembira dengan pelancaran single Mudah Bagimu kerana Kucaimars terbabit secara langsung dalam penghasilan karyanya.

“Kesungguhannya bukan sahaja menyanyi dengan baik, tetapi dia juga menulis lagunya sendiri,”

– Kucaimars

Sebelum single Mudah Bagimu, Kucaimars pernah tampil dengan single Jawab dan Khayalan. Lagu terbitan Warner Music itu sudah boleh didapati di semua pelantar muzik digital.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shukri Yahaya Mahu Cuti Seminggu Sambut Anak Lelaki

tony fernandes airasia-2020

Nasihat Perjalanan AirAsia: Maklumat Terkini Elaun Bagasi Kabin