in , ,

ANGKARA Siti Nordiana, Video Muzik Lagu Jadi Drama Pendek

Selepas muncul juara program Gegar Vaganza musim kedua, kerjaya nyanyian penyanyi popular Siti Nordiana kembali bernyawa. Malah, sambutan diberikan terhadapnya berganda kerana berjaya mengumpul peminat dalam kalangan generasi baharu.

Seiring kematangan usia pembabitan dalam bidang seni, Siti Nordiana, 36, atau mesra disapa Nana terus memperlihatkan anjakan dalam kerjaya. Ia sekali gus menjadikan Nana bukan saja diminati sebagai penyanyi, juga pelakon dan pengacara.

Tidak keterlaluan jika dikatatakan, perjalanan karier Nana kini bagai sudah tersusun cantik. Satu persatu kejayaan dicapai membuktikan kerja keras dan semangat tidak pernah putus asa dalam diri selain sokongan tidak berbelah bahagi peminat tercinta.

Bagi mencipta kelainan, Nana yang bakal muncul dengan single terbaharu, Angkara iaitu hasil ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri Yahya dan Nana sendiri, dia memberikan buah tangan yang cukup istimewa.

Siti Nordiana ANGKARA

Sebelum melancarkan single itu, Nana terlebih dahulu menghadiahkan peminat dengan video muzik (MV) Angkara yang dipersembahkan dalam bentuk drama pendek.

Drama pendek hasil sentuhan Khairul Hazwan itu mengandungi empat episod yang mana pada episod akhir segala persoalan bakal terjawab. Menariknya, episod keempat itu juga adalah MV penuh Angkara.

Episod pengenalan sudah ditayangkan pada 3 Julai lalu di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Menurut Nana, idea itu timbul selepas melihat anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 12, yang suka menonton filem pendek di YouTube.

Siti Nordiana ANGKARA

“Saya terfikir saya tak pernah buat macam ini, selalunya ‘countdown’ saja dan terus keluar video muzik penuh. Bagi saya ia sudah biasa. Jadi, kali ini saya nak bagi ‘extra’ dan drama sikit pada peminat.

“Dalam video muzik ini peminat kena menonton drama pendek dulu baru boleh tahu video penuh.

“Saya mendapat idea ini sebab anak suka menonton drama dan filem pendek di YouTube. Dari situ saya cuba untuk gunakan konsep sama dalam video muzik kali ini,” katanya.

– Siti Nordiana

Nana yang juga pelakon Dia Semanis Honey berkata, idea jalan cerita yang dipaparkan adalah inspirasi daripada kisah masalah rumah tangga yang banyak dipaparkan dalam drama atau filem.

“Pada mulanya saya memberi idea jalan cerita kepada pihak produksi. Mereka suka dan kami terus melakukan perbincangan untuk menambah baik lagi. Dengan bantuan pengarah, syarikat 1711 Music dan syarikat saya sendiri, maka terhasillah video muzik ini.

“Disebabkan banyak pihak terbabit, jadi saya perlu mendapatkan pandangan mereka juga. Baharulah orang kata ada variasi,” katanya.

– Siti Nordiana

Teristimewa buat peminat Nana juga, MV Angkara ini turut menampilkan pelakon popular, Fikry Ibrahim.

“Pengarah kalau boleh nak muka ‘bad boy’ dan ala-ala ‘playgirl’. Kebetulan saya dan Fikry pun baik. Dia kawan yang sangat mudah nak bekerjasama. Berurusan dengan dia pun senang dan tak banyak kerenah.

“Pendek kata, dia sangat memudahkan kerja. Walaupun ada yang cakap kenapa Fikry lagi, sebab dalam video muzik Hatiku Milikmu turut menggunakan Fikry. Tapi, disebabkan seronok bekerjasama dengan Fikry, jadi kenapa tidak kami bekerjasama semula.

“Dia pelakon yang sangat memberi. Kalau tengok drama pendek ini macam-macam rasa ada,”

– Siti Nordiana

Seterusnya, episod kedua bakal ditayangkan pada 8 Julai dan ketiga pada 13 Julai ini, jam 9 malam di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Sementara itu, video muzik penuh bakal dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai. Serentak dengan itu, dilancarkan juga lagu Angkara.

Siti Nordiana ANGKARA
Siti Nordiana ANGKARA
Siti Nordiana ANGKARA

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nasihat Perjalanan AirAsia: Maklumat Terkini Elaun Bagasi Kabin

Walaupun Covid-19, Segalanya Berjalan Lancar Untuk SUKMA XX