in

Nasha Aziz Akui Kini Dirinya Masih Solo

[dropcap]W[/dropcap]alaupun sudah beberapa bulan berlalu namun kisah mengenai gambar intim model bertaraf antarabangsa, Nasha Aziz, 42, bersama seorang jejaka sewaktu di sebuah konsert sempena sambutan malam tahun baru yang lalu, masih hangat diperkata ramai. Bertebaran gosip mendakwa jejaka itu adalah Nur Iman Tang (Iman Tang), lelaki yang pernah dikaitkan dengan selebriti jelita ini, satu ketika dulu.

Lama betul Budiey tak nampak Nasha Azia di event-event hiburan. Sekarang baru boleh juma Nasha. Makin cantik nampaknya Nasha Aziz. Nampak lebih ceria seperti biasa.

“Oh, tentang gambar itu, sudah lama. Kebetulan dia ada terlibat dengan konsert itu. Saya pula suka tengok konsert, jadi kami pergi bersama. Antara kami tidak pernah ada ikatan apa-apa, jadi tidak timbul soal saya kembali semula pada dia dan sebagainya. Perhubungan kami adalah sebagai teman rapat. Kawan adalah kawan. Saya mempunyai ramai kawan dan dia salah seorang teman rapat saya.”

Manakala mengulas pula tentang aksi mereka sewaktu di konsert tersebut yang dilihat cukup mesra bagaikan pasangan kekasih, kata pelakon yang pernah membintangi filem Laila Isabella ini,

“Tentang itu? Saya memang suka orang mengambil berat dan menyayangi saya. Saya enjoy dengan orang di sekeliling saya”, ujarnya.

Nasha juga mengakui dia kini masih solo dan seorang yang cukup memilih baik soal percintaan mahupun hal-hal yang berkaitan dengan kariernya.

“Saya masih solo. Memang saya seorang yang memilih. Itu memang prinsip saya seajk dari dulu. Kalau nak kata ‘mr. right now’, memang banyak… tapi kalau ‘mr. right forever’, setakat ini saya belum jumpa lagi”, katanya dengan nada bergurau.

Gambar Nasha Aziz yang sempat Budiey rakam semasa beliau hadir di Fesyen Show Magnum & Jovian Mandagie semalam. Amacam gojes ke tidooook?

Nasha Aziz

Nasha Aziz

Nasha Aziz

Nasha Aziz

Nasha Aziz

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lirik Lagu Maaf Ku Mencintai Mu Dato’ Fazley Yaakob

Gambar Sekitar Pra Pelancaran Konvesnyen Tahunan Hot Perfumes