in , ,

Sufian Suhaimi Dipilih Sebagai Pemimpin Paling Dikagumi Kategori Hiburan

Penyanyi popular Sufian Suhaimi mulanya seolah tak percaya apabila namanya dipilih sebagai penerima anugerah Most Admired Leaders (Pemimpin Paling Dikagumi) bagi kategori hiburan di Asia Awards 2019 yang akan berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur 26 Ogos ini.

“Saya ingatkan ia skim penipuan. Rupa-rupanya anugerah itu memang ada,”

– Sufian Suhaimi

Sufian, 27, berkata, pada mulanya dia tidak percaya apabila menerima emel berkenaan yang disangka skim penipuan, namun ternyata anugerah itu memang ada.

“Selepas mereka menceritakan secara terperinci kepada saya mengenai anugerah itu, barulah saya tahu.

“Yang pasti, saya bersyukur terpilih sebagai satu daripada penerima kategori itu. Ada beberapa calon penerima lain berdasarkan bidang masing-masing dan saya terpilih untuk kategori hiburan,”

– Sufian Suhaimi

Penyanyi yang popular dengan lagu Di Matamu itu juga berharap dapat membanggakan rakyat Malaysia dengan penghargaan di peringkat antarabangsa itu.

“Saya sangat berbesar hati dapat menerima anugerah di peringkat antarabangsa mewakili negara. Saya berharap anugerah ini akan meletakkan nama Malaysia di peta dunia,”

– – Sufian Suhaimi

Asia Awards 2019 yang dianjurkan Herald Group berpusat di Mumbai, India itu akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur sempena Malaysia Global Business Symposium 2019.

Penganjuran acara itu bertujuan memberi penghargaan dan meraikan usahawan atas usaha kepimpinan serta memberikan inspirasi kepada masyarakat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Namanzee Harris Kini Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah

Konsert Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 Bertemakan Inspirasi