in ,

Ada Sebab Nadiya Nisaa Tak Menangis Langsung Menonton PINJAMKAN HATIKU

Sejurus selepas tayangan filem PINJAMKAN HATIKU, Budiey sempat menemubual beberapa orang penonton dan selebriti untuk bertanyakan pendapat mereka.

Antara selebriti yang sempat Budiey jolok mic adalah Hannah Delisha dan juga Nadiya Nisaa.

WOW! Ini Pendapat Pelakon Hannah Delisha & Nadiya Nisaa Masa Menonton PINJAMKAN HATIKU

Budiey mulanya terkejut apabila dengar cakap Nadiya Nisaa yang mengatakan beliau tak menangis pun. Alamak, kita pulak rasa malu sebab memang filem ni buat kita menangis dari pertengahan sehinggalah tamat.

Budiey sempat berceloteh dengan kawan mengatakan orang yang tidak ada perasaan sahaja yang tidak menangis. Filem ini dilatari dengan babak-babak yang cukup menyedihkan dan kita yang menonton ini rasa kesian dan empati dengan apa yang dilalui oleh watak yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam dan juga Ayda Jebat.

Tapi hairan juga bila dapat tahu Nadiya Nisaa tak nangis langsung. Dia kata, apa yang dia rasa ialah betapa manisnya percintaan yang terjalin. Sangat sweet. Juga senario pemandangan alam sekitar yang dipaparkan bersatu dengan jalan cerita serta watak-watak dalam cerita ini.

Menurut Hannah Delisha pula, beliau sangat kagum dengan cara arahan Osman Ali yang cukup membuatkan penonton terasa seperti terbuai-buai dengan kisah percintaan yang sadis ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spekulasi Pernikahan Fattah Amin & Fazura Bakal Terjawab dalam Masa 2 Jam Lagi

Tema KAUM KERABAT di GEGAR VAGANZA Minggu Ke-5