in , ,

Spekulasi Pernikahan Fattah Amin & Fazura Bakal Terjawab dalam Masa 2 Jam Lagi

Jam 4 petang, Budiey dah pun sampai awal di lokasi sidang media pengumuman pencerahan Fattah Amin dan Fazura di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Sidang Media yang dijangkakan akan bermula jam 5 petang terpaksa ditunda ekoran daripada penerbangan yang menghantar kedua-dua figura ini pulang ke Malaysia mengalami kelewatan.

Selagi mana pencerahan tidak keluar dari mulut Fattah Amin dan Fazura, selagi itulah peminat dan media serta netizen terus berteka teki dan buat spekulasi.

Fattah Amin Fazura

SPEKULASI yang menyelubungi status hubungan Fattah Amin dan Nur Fazura berputar hangat apabila mereka dikhabarkan sudah bernikah 3 hari sebelum berangkat ke kota suci Makkah bagi menunaikan umrah pada 17 November lalu.

Tidak ‘kasihan’ langsung kepada masyarakat yang kini semakin excited dengan kemungkinan cinta lokasi mereka akhirnya termeterai di jinjang pelamin, kedua-kedua hero dan heroin siri Hero Seorang Cinderella ini mengumumkan bakal mengadakan sidang akhbar khas sekembalinya mereka dari umrah.

Dalam debaran menanti pengesahan rasmi yang bakal dibuat pada Khamis, 23 November ini oleh pasangan yang dikatakan sudah berkahwin pada 14 November lalu, kami di Mynewshub sempat membuat tinjauan ‘kilat’: adakah mereka sudah atau sebenarnya belum berkahwin?

Melalui survey di Facebook kami, keputusan setakat ini menunjukkan 3/4 atau 75% daripada 1,300 orang peminat pasangan ini yakin bahawa kedua-duanya sememangnya sudah melangsungkan pernikahan!

Ini bermaksud setakat ini, sebanyak 975 orang amat yakin dan pasti Fattzura sudahpun mempunyai ikatan yang sah sebelum menunaikan ibadah umrah bersama-sama. Wow!

Bagaimanapun, semalam (Selasa) ibu aktres Gol & Gincu itu seakan-akan mengesahkan perkahwinan anaknya dengan Fattah.

Sebuah klip video memaparkan ibu Fazura mendoakan agar jodoh anak-anaknya berkekalan.

“Mama nak doakan semoga jodoh anak-anak berkekalan,” kata Fadhillah Nasir (ibu Fazura) menerusi klip video yang tular itu.

Rakaman berkenaan secara tidak langsung dilihat bagaikan menguatkan lagi spekulasi status pasangan berkenaan yang dikatakan sudah ‘bernikah’.

Memetik sumber, Fadhillah berkata demikian ketika ditanya oleh pengurus Fattah iaitu Sakirin Shak sewaktu keberadaan mereka di Jabal Rahmah pada 15 November lalu.

Jadi adakah kenyataan Fadhillah itu memainkan peranan penting dalam keputusan tinjauan kami?

Tunggu saja pengesahan oleh Fattah dan Fazura sekejap sahaja lagi!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ogy Ahmad Daud | 23

Ogy Ahmad Daud Ajar Ayda Jebat Cara Berlakon Untuk PINJAMKAN HATIKU

Ada Sebab Nadiya Nisaa Tak Menangis Langsung Menonton PINJAMKAN HATIKU