in ,

Nadir Al-Nuri Nafi Dakwaan Terima Sumbangan RM20 Juta Setahun

Sebelum ini, Ustaz Ebit Lew telah persoalkan sumbangan sebanyak RM20 juta yang diterima oleh pihak NGO Cinta Gaza Malaysia daripada rakyat Malaysia dan menuntut penjelasan daripada pihak Nadir Al-Nuri.

Lantaran itu, menerusi Sesi Townhall Cinta Gaza Malaysia secara live di Facebook tadi tampil memberi penjelasan mengenai isu yang berbangkit iaitu isu sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM20 juta setiap tahun yang disalurkan bagi misi kemanusiaan di Gaza, Palestine.

Nadir Al-Nuri Nafi Dakwaan Terima Sumbangan RM20 Juta Setahun

Nadir Al-Nuri menegaskan bahawa pihak Cinta Gaza Malaysia tidak mendapat sebanyak RM20 juta setiap tahun dan perkara berkenaan adalah palsu. Malah, sumbangan yang diterima bukanlah diuruskan oleh pihak Cinta Gaza Malaysia sahaja tetapi sebenarnya dikumpulkan bersama oleh rakan-rakan yang berada di bawah NGO anak-anak muda.

Malah, pihak Cinta Gaza Malaysia hanya mengambil 3% sahaja untuk admin fees sedangkan boleh mengambil sehingga 30%. Tambahnya, beliau turut mengalu-alukan NGO yang lain untuk membentangkan perbelanjaan masing-masing dan mendedahkan ke mana sumbangan tersebut disalurkan.

Nadir Akhirnya Jawab Persoalan Ke Mana Perginya Sumbangan RM20 juta

Selepas mendakwa dua kali ‘dibenam’ sejak perang, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang kini tinggal di Gaza akan menceritakan bagaimana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diurus.

Pendedahan itu akan dilakukannya melalui Sesi TownHall Cinta Gaza Malaysia secara live di Facebook pada pukul 12 tengah hari ini.

“Sambil-sambil itu kami tunjukkan apa yang negara kita Malaysia dah buat untuk Palestin.

“Ini hak kalian untuk tahu kerana kalian yang menyumbang, kami hanya menjadi jambatan yang menghubungkan kasih-sayang dan persaudaraan. Kami juga akan memberikan maklum balas tentang 1,001 keresahan yang sedang bermain di minda kalian, warga netizen,” katanya.

Guna kaedah ‘Musuh Urus Kewangan’

KETUA Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman tampil memberi penjelasan mengenai duit sumbangan sebanyak RM20 juta yang digembar-gemburkan sejak kebelakangan ini.

Perkara itu diperjelaskan dalam Sesi Townhall Cinta Gaza Malaysia yang disiarkan secara langsung di Facebook Terkini dan Sensasi Palestin, pada Sabtu.

“Duit RM20 juta itu bukan disumbangkan pada setiap tahun. Bukan setiap tahun kita dapat RM20 juta.

“Bila disebut ada perang, dapat RM20 juta. Perang itu tidak berlaku setiap tahun. Jadi, macam mana boleh dapat RM20 juta itu setiap tahun?

“Duit RM20 juta bukan diuruskan oleh CGM sahaja, tetapi ia sebenarnya dikutip oleh 20 badan bukan kerajaan (NGO) anak-anak muda yang telah berpuluh-puluh tahun dalam kerja-kerja kebajikan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pertikaian ke mana perginya duit mencecah RM20 juta memandangkan ia merupakan sumbangan orang ramai menerusi misi bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

Sehubungan itu, Nadir menyifatkan tuduhan itu sebagai tuduhan yang salah.

Yusuf Azmi Bagi Satu Nasihat Kepada Mereka Semua Yang Terlibat

Memang heboh di media sosial tentang isu Ebit Lew, Caprice, Nadir dan Firdaus Wong. Nama nama ini selalu disebut sekarang di media sosial.

Semua berlaku apabila Ebit Lew telah pergi ke Gaza dan Caprice tidak lepas masuk ke Gaza dan bermacam macam cerita yang keluar sehingga melibatkan Nadir Al Nuri, satu satunya rakyat Malaysia yang menetap di Gaza sebagai NGO kemudian melibatkan Firdaus Wong.

Dengan apa yang terjadi satu ayat baru telah keluar samada anda di sebelah Ebit Lew atau di sebelah Nadir Al Nuri.

Ebit Lew telah keluarkan kenyataan dan Nadir Al Nuri juga telah keluarkan kenyataan baru baru ini di media sosial masing.

Tetapi apa yang netizen nampak ianya seperti belum lagi selesai.

Yusuf Azmi Jumpa Ebit Lew

Melalui media sosial Yusuf Azmi, beliau telah memuatnaik beberapa keping gambar dan kenyataan tentang apa yang berlaku sekarang. Ini kata kata Yusuf Azmi kepada semua yang terlibat.

Andai Perjuangan ini mudah pasti Ramai Menyertainya..

Hakikat Perjuangan bukan begitu.

Segala Pahit dan Manis harus kita laluinya..

Ikhlas tidak semudah kita bicara..

Keikhlasan tu hanya Allah yang mengetahui..

Kalau kesalahan manusia yang dicari pasti banyak yang kita ketemui..

Kita Hamba janganlah begitu.

Kita bukan Malaikat..

Kita Hamba manusia yang mempunyai Nafsu.

Pasti ada kelemahan..

Kalau buruk yang kita cari.

Buruklah kita dapat..

Carilah Kebaikan.

Carilah titik persamaan..

Baginda Rasullah s.a.w pasti sedih dengan kita..

Sesama islam mencari aib dan membuka aib sesama islam..

Saya Yakin Ustaz Ebit , Adinda Caprice , Saudara Firdaus Wong, Saudara Nadir Al Nuri dan semua pejuang pejuang kebenaran dan membantu umat manusia..

Marilah bersama sama membuang yang keruh dan ambil yang jernih..

Saya rujuk kepada antara hadis hadis Baginda Rasululllah. Dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Muslim -2590 dalam sahih-nya)

Daripada Ibn Umar R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang Muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi – 2032)

Daripada Jarir bin Abdullah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal dengannya dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun, dan barang siapa yang memulakan dalam Islam suatu sunah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun.” (Hadis riwayat Muslim – 1017) dalam Sahih-nya)

Mohon selalu kepada Allah SWT supaya Dia pelihara aib kita daripada tersebar. Semoga Ustaz Ebit Lew terus kuat dan berjuang dan berdakwah untuk diperlihatkan IKON Kebajikan Masyarakat Malaysia..

Semoga Adinda Carprice terus berjuang cara moden islam untuk orang muda di Malaysia.. Semoga Saudara Firdaus Wong terus islamkan seramai mungkin umat manusia di Malaysia..

Semoga Saudara Nadir Al Nuri terus berjuang untuk Saudara kita di Gaza.. Saya nasihatkan khusus kepada diri saya. Antara perkara penting kita kena nasihat pada diri kita sendiri sebelum nak berjuang.

Kita kena bersama dan segala aspek sudut demi kebaikan Islam dan kemanusiaan. Kita kena rasa bahagia bila melihat orang berjaya dan bahagia. Kita kena rasa bahagia bila ada orang nak membela agama Allah.

Kita kena rasa bahagia bila ada orang membawa contoh yang baik untuk islam dan menjadi teladan yang baik pada umum. Hadirkan dalam diri bahagia.

Lawan Syaitan yang melintas dalam diri kita. Katakan pada Syaitan “Aku Bahagia” , Bila islam bahagia.. Semoga bermanfaat.. Allahuallam

Sumber : Yusuf Azmi 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isteri Man Kidal Bersyukur Ramai Yang Bantu, Kecewa Bila Baca Kecaman

Syamel Mohon Doa, Ibu Terpaksa Ditidurkan Dalam ICU, Seminggu Guna Alat Pernafasan