in ,

Pelakon Nad Zainal Nikah Sah Jadi Isteri Faliq

nad zainal

Budiey nak ucapkan selamat pengantin baru buat pelakon Nad Zainal yang kini sah menjadi isteri kepada kepada Muhammad Faliq Amirudin, jam 3 petang, 18 Disember 2015 dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Untitled

Dengan sekali lafaz, pelakon genit, Nad Zainal atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, sah bergelar isteri. Congrats! Selamat pengantin baru ya Nad. Pasangan romantik ini katanya dah tujuh tahun berkenalan, namun cinta berputik pada awal tahun ini. Wah!

Majlis berlangsung secara tertutup di The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, di sini. Pasangan pengantin dinikahkan bapa Nad sendiri, Zainal Abidin Abu. Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300.

Bagaimanapun, butiran lain dirahsiakan pengantin atas permintaan keluarga.

“Alhamdulillah semuanya berjalan seperti dirancang. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis.”

Kedua-duanya juga belum terfikir soal menimang cahaya mata dalam masa terdekat tetapi tidak menolak rezeki Allah. Mereka juga belum merancang destinasi untuk berbulan madu.

Untitled

Untitled

Untitled

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Arrive Early For Year-End Holiday Travel

Gambar Sekitar Majlis Nikah Nad Zainal