in ,

Hafiz Hamidun Lancar Single YANG DINANTI & Koleksi Kurta Jenama Haje

Hafiz Hamidun (32 tahun) artis nasyid solo lelaki yang boleh dikatakan berjaya dalam setiap kerja yang dilakukan. Bukan setakat menjadi penyanyi dan juga penerbit, malah Hafiz begitu serius dalam menjalankan perniagaan. Sentiasa mempunyai idea baru dan berani mengambil risiko antara faktor yang menyebabkan Hafiz mencapai kejayaan.

Bagi mengekalkan jenama Hafiz Hamidun dipasaran seni tanahair, Hafiz kini tampil dengan sebuah single terbaru yang berjudul Yang Dinanti. Lagu ini dicipta khusus bagi meraikan hari kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Single ini diterbitkan oleh syarikat miliknya sendiri iaitu Arteffects International dan diedarkan oleh Sony Music Malaysia.

Haje Hafiz

Hafiz Hamidun Lancar Single Yang Dinanti Dan Koleksi Kurta Jenama Haje

[dropcap]M[/dropcap]enurut Hafiz, lagu ini telah dicipta pada tahun 2009 dan pada tahun 2012 Hafiz mula merakam muzik. Akhirnya pada tahun 2016 barulah Hafiz mula menyiapkan lagu ini. Susunan muzik untuk lagu ini Hafiz menggunakan khidmat pemuzik daripada Amerika dan Indonesia. Manakala proses adunan akhir dijalankan di Australia. Hafiz memang amat teliti dalam setiap produk yang diterbitkan olehnya.

Mereka yang berminat untuk memilikki lagu ini yang tersedia dijual atas talian seperti itunes, deezer, joox, spotify dan lain – lain platform. Peminat nasyid juga boleh muat turun lagu ini sebagai nada dering telefon bimbit.

Selain itu, di dalam majlis yang sama Hafiz Hamidun turut melancarkan koleksi kurta jenama Haje. Haje menampilkan 4 rekaan pilihan dengan 60 variasi warna keseluruhan.

Kurta Signature adalah kurta pengenalan dari Haje, menampilkan rekaan yang serba ringkas, moden tetapi sederhana sesuai digayakan untuk kegunaan rasmi, kasual dan ibadah.

Kurta Prelude merupakan kurta yang sangat elegan dan sesuai digayakan sepanjang hari. Rekaan eksklusif ini bersesuaian dengan citarasa tempatan yang inginkan gaya maskulin dan segar.
Kurta Define mempunyai rekaan tersendiri menampilkan padanan kolar Mandarin, poket dada dan sisi, serta butang penuh dari kolar dan terselindung di pertengahan. Kurta ini bakan memberikan efek tegap dan langsing kepada si pemakai. Selain itu, Kurta Define adalah pilihan terbaik untuk kegunaan rasmi dan santai.




Kurta Upright merupakan kurta eksklusif dari Haje. Ia menampilkan padanan dwi-warna berlainan namun selari dengan rona yang dipadankan. Mereka yang berani dan inginkan kelainan pasti akan menjadikan Kurta Upright sebagai pakaian harian baik di tempat kerja, melancong, ke majlis dan sebagainya.

Sebagai permulaan, Hafiz mengeluarkan sebanyak 25,000 helai dan ianya telah ditempah oleh pengedar sebanyak 18,000 helai. Hafiz sendiri yang turun padang menemui pengedar diseluruh Malaysia bagi menjamin koleksi kurta ini berjaya menembusi pasaran seperti yang dirancang.

Kesemua koleksi ini dijual pada harga mampu milik diantara RM88 sehingga RM108. Hafiz turut menjelaskan bahawa beliau amat mengalu – alukan mereka yang berminat untuk menjadi rakan niaga sebagai pengedar atau stokis jualan diseluruh Malaysia. Untuk melihat koleksi kurta Haje atau membuat belian atas talian boleh melayari www.haje.my.

Hafiz Hamidun

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video Lagu DIRGAHAYU FT & CT Mulai Viral di Sosial Media

SHEILA MAJID

Rupanya Ini Sebab Datuk Sheila Majid Cakap Panjang di AIM22